Monday, August 15, 2011

REVIEW FILEM : Karipap-karipap Cinta

 

Assalamualaikum semua…

 

Karipap? Jujur ye, semasa pertama kali aku dengar tajuk filem ni, aku rasa macam familiar aje dengan tajuk ni. Macam pernah dengar, tapi bukan sebagai tajuk filem.. So, bila aku dapat tahu yang filem ni sebenarnya diadaptasi dari novel Karipap-karipap Cinta, barulah aku ingat yang aku pernah nampak novel ni di kedai dulu…

 

IMG_4984

Sebenarnya dah bape lama dah event ni berlangsung. Aku aje yang malas bebenor nak update. Cik Epal dengan Darkbatman dah update dah pasal ni. Aku je baru terhegeh-hegeh nak udpate.

 

By the way, million thanks to Cik Epal sebab invite aku dan Darkbatman untuk tayangan eksklusif filem ni. Merasa lah jugak berbuka puasa dengan artis! Kahkahkah.. Oh ye, malam tu Aie si KelawarGelap tak dapat hadir, jadi akak Pen Merah lah yang wakilkan.

 

257460_229888153703852_229887837037217_954184_8334698_o

 

Ouhh ye, kalau tak silap ini poster lama filem ni.. Sebab di sekitar tayangan eksklusif filem ni, poster yang ada di situ lain sikit design nye dari yang ini.

 

SINOPSIS FILEM :

Ali (lakonan Gambit Saifullah) telah jatuh cinta kepada Sarah (lakonan Melia Aimellia). Namun, Sarah merupakan lulusan Universiti Al-Azhar manakala Ali hanyalah pemuda dari golongan biasa-biasa. Mungkinkah darjat akan memisahkan mereka??? Namun pun begitu, pada pengamatan saya, kisah mereka berdua takdelah banyak halangan atau dugaan. Cuma sikap Ali yang mudah gelabah bila ada saingan lain. Hehehee… Dalam pada masa yang sama, Ali diminati oleh Aishah, jirannya. Namun begitu, ada peristiwa yang menyebabkan Ali, rakan-rakannya dan Sarah masuk lokap! Dan ayah Sarah dalam keadaan bahaya.

 

IMG_5007

Haaa agak-agak korang apa akan terjadi??? Kesampaian ke tidak cinta mereka berdua? Kalau tak kesampaian kenapa ya? Kalau kesampaian macam mana ya??? Haa kalau nak tahu sila tengok di pawagam.

 

 

KOMEN AKU :

Jalan ceritanya yang tidak begitu berat, sesuai untuk tontonan santai seisi keluarga. Aku suka elemen humor yang diserapkan dalam jalan cerita. Dan aku suka part Eman Manan (berlakon sebagai bos yang garang) menyanyi lagu Liyana Jasmay.

Namun begitu, kurang setuju dengan penampilan Sarah. Penampilan beliau sepatutnya lebih sopan sebab beliau bawa watak seorang gadis best student dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Dalam novel pun, watak utama dalam cerita ni memang bertudung.

 

IMG_5006

GAMBAR : Antara scene awal filem Karipap-karipap Cinta.

 

Walaupun pelakon utama filem ni, Gambit, pernah ada kontroversi di laman sosial suatu ketika dulu, tapi itu tidak mempengaruhi komen aku terhadap lakonan beliau. Aku ni bukan pandai sangat nak komen lakonan, tapi bagi aku Gambit has done his job well.

 

Jadi, kalau nak tahu berapa banyak kandungan novel yang digarap menjadi jalan cerita filem ni, kalau nak tahu kesudahan filem ni, pergi lah terjah panggung wayang lepas sembahyang raya. Kahkahkah!!!

 

**P/S : Gambar-gambar sekitar event aku upload kemudian lah ye! Tengah malas bebenor ni. Kahkahkah!!

 

 

Thanks for reading!

sign NISA

21 comments :

farah hanim said...

aww
cam best je cte nie
tp xder masa nak p tgk movie
sronknye
dalama xtgk wayg :(

yui92 said...

ha ah.. tengok poster filem pastu baca pasal lulusan azhar..macam ada sumthin wrong ja

Nurul Iman Rosman said...

hmmm,

tak nak tengok lah movie ni sebab tak suke hero dia.

HAHAHA! :D

ANA said...

Ana pon first time dengar , kelakar jer .retis jugak yer Cik Epal tu ehehee tahniah !

Puteri Biru said...

lulusan alazhar tapi pakai selendang macam kat poster tu ker?,, biar betik pengarah filem ni. phui

megan frog. said...

Haah, tgk sinopsis kate si Sarah tu lulusan Uni Al Azhar, tapi kannnn, knp die pnye cover movie die pki tudung nmpk rambut?? Aikkk, huhu.

cheqwa said...

besnya pegi.nisa nih cumel lah! ^_^

urzain hussain said...

like like like..

(^^,)

cik Beskod said...

wah best nye huhu x sbr nak tgok huhu

Aman Wan said...

Pehh..dah tengok dah? Novel dia terbaik la! Member2 yang x baca novel pun boleh tergelak2. Hope filemnya pun best la gak.

Nisa Kay said...

@Aman Wan

nisa teringin nak baca novel nye la aman.. filem nye nia kureng sikit...

Eva DaNiaL said...

ramai yg ckp novel dye bestt ... wahh ... na bace la nOvel dye .. ^_^ ..

Aman Wan said...

@Nisa Kay

haa..baca2. berbaloi! Dan x jiwang sangat, sebab penulis dia pun lelaki. So, jut nice lah! hehe

ihsan nashi said...

hahah,,, mcm familiar ja tajuk 2,,,,, karipap cinta!!! mcm pnah baca,,,, tp ingt2 lupa,,,,

Fareha Rahmat (Bos Besar) said...

karipap cinta pulak....

Akulah Pak Lan said...

Masih tak nampak fungsi karipap dalam filem ni...hahaha

Fatin Farhana Binti Ramli said...

tangkap gambar kat dalam panggung..kantoi baru tau..HAHA

Nisa Kay said...

@Fatin Farhana Binti Ramli

ini TAYANGAN EKSKLUSIF BERSAMA PELAKON DAN MEDIA, so memang dia benarkan ambil / rakam gambar untuk 10 minit pertama.

so xde yg akan kantoi ke ape.

THANK YOU.

Nisa Kay said...

@Aman Wan

heee aman ade novel dia?

faa.rosli said...

berbaloi x g tgk??or tunggu astro 1st je??jujur pat!

:)

~CiK TiNieY~ said...

dah lama baca novelnya...saya beli...sangat kelakar!haha