Monday, August 15, 2011

Demok hanya mahukan Chicky Meal sempena birthday nya…

 

Assalamualaikum dan selamat subuh…

 

Wuarghhh baru lepas sahur. Hari ni aku sahur roti, tuna mayonis dan air masak je. Semoga larat ye aku satu hari ni sebab aku batuk-batuk ni, takut tekak pula yang perit. Ehhh mana boleh banyak alasan! Mesti boleh, insyaAllah…

 

Ouhh ye ni lagi satu entry basi lagi hangit, sambungan dari entry shopping pra-raya lah sangat ! Kahkahkah… bukan shopping raya pon, setakat beli shawl nak pakai hari-hari tu ajer.

 

Awal Ogos yang lepas merupakan birthday adik aku si Demok. Aku mengaku aku memang bias dengan adik-adik aku sebab Demok manja ni laa kesayangan aku. Kahkahkah! Boleh pulak aku lupa birthday dia! Aku nak bagi hadiah t-shirt, dia taknak sebab adik aku Syid dah janji belikan dia t-shirt.

 

IMG_4858

Ni lah Syid-Justing-Bibir. Saje lettew nak menunjuk kasut baru. Hohoo dengki lah aku! Kalau bab pilih tshirt lelaki dia pandai sikit. So aku bagi muka laa kat dia, biar dia bagi Afiq Demok hadiah t-shirt.

 

 

IMG_4859

Jeng jeng.. bila aku tanya nak hadiah apa, dia jawab “KFCM” !! Ehhh menyimpang pulak! Bukan bukannnn!!! Dia nak KFC la derr… Semestinya set Chicky Meal menjadi idaman kalbu. Alaa bukan aku tak tahu dia nak mainan free aje kan kan kan???

 

 

IMG_4862

Aku bias camne pon takdelah aku kejam woh. Aku angkut jugak Hidayah, adik aku yang ketujuh dalam keluarga. Dua orang ni je aku belanja Chicky Meal. Haha kantoi laa kedekut aku ni haha!!!

 

 

IMG_4864 

Turut buat muka tak malu join rombongan ke KFC Temerloh ialah adik aku yang keenam dalam keluarga, iaity Iyeen. Aku dah kata aku kedekut meyh, so Iyeen dibelanja oleh Syid. Kahkahkah!!!

 

 

IMG_4869

Aku makan cheesy wedges aje. Diet hokayh! Haha kepala hangguk aku nak diet!! Badan dah keding weyy!! Aku order sikit sebab aku dah kenyang tibai nasi dan kuih-muih masa berbuka. Woooo kantoi laa aku tak tukar baju!!

 

 

IMG_4872

Nak aje aku meraung hentak-hentak kaki bila mendapati cheesy wedges aku tinggal sekeping aje!! Grr!!! Sapa punya angkara hah??!!! Memang nak kena penampor laju-laju!! (Padahal aku yang dok ngap sampai tak sedar benda tu dah nak habis!)

 

 

IMG_4879

Tu diaaa Afiq Demok yang meraikan harijadinya yang ke-7 dengan memakai tshirt baru. Hohooo.. untung laa dapat hadiah tshirt angry bird!! Kahkahkah!!!

 

Huuu lepas ni ada lagi adik aku yang sambut birthday tak??? Ramai sangat adik lor sampai tak ingat!! Kahkahkah… Okaylah.. nak tidur kejap. Nanti nak bangun pergi kelas pulak! Bye bye.

 

 

 

Thanks for reading .

sign NISA

12 comments :

CIK PARO! said...

Berapa orang adik nisa kay ni?

LittleGurl said...

comel budak demok! ;D

H.J said...

makan ciziwejes tak jadi nak diet..makin gemuk ada la..haha

faa.rosli said...

baju birthday leh laa wat baju raye..ye dok afiq??

huhuhuhu

Akulah Pak Lan said...

Cheezy wedges adalah benda yang paling sedap kat KFC..

[k]o{q}i[n] said...

best la kalo besday kite ade org celebrate kan... hurmm...

farah hanim said...

hehe
adik bdik akq sume comel2 la
meriah rumah :D

teh tarik said...

adik beradik kamu ea semua nie ?

Izzah | zulkifli said...

haha..rmai sgt adk bradek smpai ta engat ekh sis?..same here.. =P

Miss Xyz =) said...

sye le.. igt x? adik yang ke seratos tuh? haha XD

Sasa Tien said...

comelnya adik kamu... mahu chicky meal saja..haha.. kamu ada banyak adik beradik ka ?

nama saya sasa , asal negeri sabah .
nice to meet u !!!
visit saya la kalau ada masa dan berminat ..
http://sasatien.blogspot.com

liya alia said...

happy beday demokk .. hehe