Friday, August 19, 2011

Berbuka puasa bersama Akak PenMerah di Restoran CHOMEY

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahhh tak jemu-jemu aku dok update pasal berbuka di luar aje kan? Dah nak buat camne, itu aje aktiviti utama aku di bulan Ramadhan ni. Hohoo… Alhamdulillah rezeki kami murah di bulan puasa ni. So, kami berpeluang merasa berbuka puasa di luar.

 

Kali ni aku dan akak PenMerah saja-saja nak try makan di restoran yang kitorang tak pernah pergi lagi. Maklumlah, dah selalu lepak di The Curve, so nak lah merasa makan di tempat berbeza pulak kan?

 

IMG_5218

Restoran yang kami pilih kali ini merupakan restoran yang menawarkan sajian dari Kelantan. Restoran CHOMEY, secomel namanya. Nampak tak tuuu? “Authentic Kelantanes Cuisine” okayh! So, kalau ada di antara anda yang rindu masakan Kelantan boleh try restoran ni kot.

 

Restoran CHOMEY terletak di tingkat 1, The Street, The Curve. Kalau nak senang cari, restoran ni mengadap Bubba Gump atau PappaRich.

 

IMG_5195

Sajian buffet yang berharga RM35 per pax menyediakan beberapa jenis hidangan berlainan. Ada nasi dagang ala Kelantan, ada nasi kerabu, laksa dan nasi putih serta lauk pauk biasa.

 

Aku ambil nasi dagang kelantan, lauk ikan (tak tahu ikan apa) dan ambil sikit kerutuk daging. Sedap tau daging nya! Aku suka. Air bandung nya pun sedap.. Ada dessert, tapi tak ambil sebab dah kenyang sangat!

 

IMG_5197

Ini pulak makanan yang akak PenMerah ambil. Nasi putih, lauk ikan, daging, lepas tu yang dalam mangkuk tu aku tak sure lah daging or ayam. Cicah budu okayh! Wohohoo.. Bandung pulak memang feveret akak PenMerah ni.

 

 

IMG_5201

Bila azan berkumandang, cepat aja doa dibaca dan kurma dirembat masuk mulut. Actually aku ni tak gemarkan kurma, jarang sangat kot aku makan kurma! Tapi sekali sekala aku makan juga. Berbuka dengan kurma ikut Rasulullah :)

 

 

IMG_5212

Ini merupakan kali keberapa entah akak PenMerah tambah air. Mentang-mentang air feveret ye! Hohoo tapi aku suka weh air bandung dia! Tak pekat sangat, tak manis sangat. Kiranya sedang elok aje lah.

 

Makanan pulak? NOT BAD! Aku makan habis jek? Hohohoo… Lauknya boleh tahan, seiring lah dengan harganya, takde mahal sangat kan? So sesiapa yang nak try boleh lah ke Restoran CHOMEY yek! Environtment restoran ni pon best walaupun tempatnya tak besar mana.

 

IMG_5214

Sebelum angkat kaki kenalah touch up dulu kan. Yelah, lepas makan kenalah touch up lip gloss dan bedak yang dah hilang di sekitar mulut tuh. Hohoo… Lepas ni nak jalan-jalan cuci mata kat The Curve pulak.

 

Gambar meronggeng sekitar The Curve takde pulak. The Curve tak best lah! Takde sale.. Kalau dah diskaun 50% pun harga still RM100++ tu maca mana tu???

 

IMG_5223

Dah penat meronggeng, kitorang stop minum-minum di Theobroma Chocolate Lounge kejap. Sambil-sambil tu kitorang tapau makanan untuk ABANG BESAR a.k.a. SpiderGelap.

 

 

cats

Iced lemon tea dan Strawberry Frape jadi pilihan untuk melunaskan nafsu anak tekak. Sedap woii air aku! Kahkahkah!! Air yang aku order mestilah strawberry frape tuh. Pergghhh memang terlangsai sudah nafsu haus anak tekak!!

 

Kitorang lepak-lepak sementara tunggu waktu tayangan The Rise of Planet of The Apes. Haaa review filem nantilah aku buat kemudian okayh???

 

IMG_5235

Dah namanya lepak-lepak kan… so aku ni duk ber-FB, ber-BBM, ber-TWITTER aje lah keje nye. Kejap-kejap aku snap gambar. Hoooo lama pulak dia siapkan makanan.

 

 

Okay lah, dah takde apa nak cerita. Thanks for reading!

sign NISA

15 comments :

Tholeha Mustapa said...

bestnye! restoran chomey tu bg food kelantan ke?

Syafiq Rosli said...

hehe..ade jgk nama restoran chomey kan..menu2nya di lihat sangat menarik..

Mohd Khairi Khadzir said...

tghari2 mcm ni bace entri nih.. tgk gmbo tu ya Allah, sabo je haha

Akito Boron said...

wow. restoran chomey. boleh jd chomey ker kalau buka puasa kt sini :p

Akito Boron said...

wow. restoran chomey. boleh jd chomey ker kalau buka puasa kt sini :p

CikNyz said...

wah restoran chomey.....mmg comey belaka laa sapa yg buat pelaburan mkn kat sana kan..ngee ^^

selamat berpose..jom baca entry terbaru CikNyz....

http://syazny7.blogspot.com/2011/08/ciknyz-gunung-kinabalu-part4_19.html

Rtp Farra Arisha said...

indeed, makanan kat restoran chomey ni sedap2 kan!! i've been there too before ;)

sYafIk-wAy said...

chomey ke mknnnye ? ehhe

Nurul Solehah said...

theobroma chocolate lounge . woohoo , best gila tmpt tu .

liya alia said...

warna shawl nisa macam air bandung. sedap je tengok... haha

diyan said...

comei nisa :") heee . nti kita bukak puasa dua :P

nazirafarahinomar said...

sedap tak nisa? rajin u touch up balik ^^

miera said...

kak nisa , suke tgk kak nisa pkai shawl and dressup kak nisa comel , smart and cantik !! kat nisa beli skaft tu kat mane ?

noninul said...

ehhhh asyik buka kat luar jek,bila nak post time buke kat masjid and solat traweh sekali ? :PP

~awa~ said...

wah.! makanan kelate. nisa org kelantn ke.? neway, ur blog is sooo nice. i suke ceroboh2 kat sini tau. hehe