Friday, August 26, 2011

6 new blogs that interest me the most

 

Assalamualaikum…

 

Wah wahhh.. tajuk entry bukan main nak speaking English! Alaa.. sekali sekala guna Bahasa Inggeris tak salah kan? Kalau ada silap sikit tolong betulkan ye, biar kita sama-sama belajar.

 

SEDIKIT UPDATE DI SINI :

BlogDay-2011

Sebenarnya entry aku mengenai 6 blog yang aku rekemen kat korang ialah bersempena join sambutan BLOG DAY oleh Nuffnang. Nuffnang meraikan Blog Day dengan mengajak blogger-blogger buat entry mengenai 6 blog baru yang cukup menarik perhatian.

 

Dengan cara ni, kita boleh bantu untuk promote blog baru, atau blog yang ada potensi untuk pergi lebih jauh, dan membantu kita melihat bahawa dunia blog jauh lebih luas dan exciting!!!

 

Kepada Nuffnanger, anda boleh dapat ganjaran hebat bersempena Blog Day ni. Haaa macam mana tu??? Kalau nak tahu, KLIK DI SINI.

 

Hari ni aku berbesar hati nak kongsi dengan para pembaca blog aku, 6 blog baru yang memang menarik perhatian aku. 6 blog ni baru nak naik, dan mempunyai elemen-elemen yang membuatkan aku minat nak baca.

 

1) PEN MERAH

NEW BLOG 1

Kenapa aku minat dengan blog ni? Kerana tuan punya blog ni, atau aku suka panggil beliau dengan nama akak PenMerah ialah seorang yang suka sangat ambil gambar. Yeah!! Aku suka bergambar. Blog akak PenMerah ni penuh dengan gambar-gambar beliau keluar makan, buat photoshoot atau menghadiri event. Bagi aku, entry yang banyak gambar ialah entry yang sangat menarik minat aku!

 

 

2) KERANA MANISNYA EPAL

NEW BLOG 2

Nak kata blog ni baru nak naik tak juga.. Cuma, aku baru berkenalan dengan blog ni. Follower pun boleh tahan dah lebih 3000. Tengok print screen di atas mesti korang dah boleh agak kan kenapa aku suka blog dia? Blog ini dimiliki oleh seorang gadis manis yang dikenali sebagai Cik Dil. Beliau memang berbakat dalam design blog dan buat doodle. Sangat comel. Blog nya sangat meriah dengan doodle dan aku memang suka cuci mata kat sini!!

 

 

3) FROM ZAINATUN ADILAH WITH LOVE

NEW BLOG 3

Pemilik blog yang aku panggil dengan nama Eyla ni mempunyai rupa paras seakan-akan penyanyi Yuna! Masa pertama kali bertemu aku rasa Eyla sangat bergaya dan seperti yanga ku dapat agak, beliau merupakan seorang freelance model. Sukakan gayanya, membuatkan aku sentiasa mengikuti perkembangan blog nya.

 

 

4) NURUL DOT DOT DOT

NEW BLOG 4

Berkenalan dengannya sejak mini gathering di Temerloh satu masa dulu, tuan punya blog, Nurul Izzati bagi aku memang seorang yang kecil molek aje. Yang best pasal blog beliau, beliau suka shopping! Yes, minat yang sama dengan aku. Antara sebab aku melekat dengan blog Nurul ialah dia rajin share macam mana dia selalu dapat voucher. Hehehe…

 

 

5) CERITA SUKA SUKI

NEW BLOG 5

Blog ni kepunyaan kawan aku yang aku panggil Kak Nik. Kenapa aku suka blog dia?? Hohoo sebab beliau suka mekap!! Yeah aku suka juga! Kak Nik rajin buat research pasal tips mekap, suka beli mekap dan selalu share pasal mekap kat blog dia. So korang jangan tanya banyak lah, hahaahaa…

 

 

6) AYUN AYUNAR

NEW BLOG 6

Blogger bernama Ayun ni merupakan pemilik online shop kegemaran aku. Di blog peribadinya pula, Ayun selalu share video tutorial selendang yang terbaru dan unik. Kadangkala dia share juga pasal mekap dan teknik mekap. Jadi tak hairanlah gadis macam aku sukakan blog dia!

 

 

 

Okayyy itu dia 6 blog baru yang aku tengah follow sekarang. Kalau aku tahu aku takkan baca blog ni setiap kali dia update, takdelah aku follow kan? So.. sangat penting untuk kita mempunyai keunikan dalam blog supaya bila orang mula-mula baca aje dah suka.

 

 

Thanks for reading.

sign NISA

37 comments :

cik Dil said...

alamakk..nisa..terharunyaa dil.. ^^
hee..x sngka nisa baca jugak blog dil yg ntah pape tu..thankss sesangatt..^^

[k]o{q}i[n] said...

blog aku xde pun...hurmm....

D'ya Marshmello said...

wahhh, semua blog di atas sume best2 dan mashyukkk habess!

http://miss-dya.blogspot.com

kito sek kelate said...

wow...but asal semua blogger gurlzz?haha

yo87 said...

Semua blog tu nasihangit tak pernah masuk. hehe. Bila dah masuk, memang menarik termasuk blog cik nisa ni. Ni nak cakap betapa ramainya blogger sekarang ni. So, cara nak survive ialah dengan mengeluarkan entri yg unik dan bukan sampah masyarakat. Hehehe :D

Apa pun, nasihangit dah linkkan blog nisa ni dlm bloglist blog awek hangit dekat http://nasihangit.blogspot.com/. Nanti cik nisa tlng promote gak ek nasihangit. hehe :D TQ.


Yang Benar,
http://nasihangit.blogspot.com/
(Trolling you since 1971)

pu3khaleeda said...

ha'ah, semuanye best ;-)

Hamdan Ramli said...

awwwww

sabella mohamad said...

blog diorang mmg best kan ?
teheee

lumrah kehidupan said...

tujuh2 blog x pnh dgr. haha. ok, bakal dterjah!

Alip Apai said...

kenapa xde blog lelaki?

diskriminasi!

haha.lawak je:)

❤ eyeme ❤ said...

mini gathering kt temerloh? oh best! len kali leh buat lg..mau join..huhu..

sYafIk-wAy said...

mana dia blogger lelaki . tak mnt eh ? hahaa

Zainatun Adilah said...

YO MY GOSH!!! Thank you so much baby!! Jom g shopping kasut raya? hehehehe

SoLy SoLicious said...

hebat2 semua :)

Pwincess9 Juhary said...

tak nak singgah blog saya ke?

Tih tih tih

http://pwincess9.blogspot.com/

Alia Syaza :) said...

dalam keenam2 ni saya tau blog kak ayunar je, tehee!

yg lain2 tu baru nk kenal lah nii ^^

Muaz Faris said...

wah, semua nak yang ade kaitan dengan diri dia je..yang diri ni, takde kaitan ke...??

-http://muazfaris.com

Salhah Suhot said...

huik!!alamak!!saya dah blushing!!

Nurul dot..dot..dot said...

*kembang semangkuk* huhu TQ nisa..raya nanti jemput la datang rumah ^ ^

Freaky said...

hurmm bila la blog Firdaus Life nak masuk dalam list ni =_=

darxniq said...

abam innity nih tak termasuk ke?

Einaz Shah Rizal Thomas said...

WARGH ni 1st time tgk blog awak .
cute ;D

Miss CoCo said...

hi there..yeah all blogs are awesome..do visit my blog nisa..peace~~~

Miss CoCo said...

hi there..yeah all blogs are awesome..do visit my blog nisa..peace~~~

Nafisah Ruslan said...

blog dak eton ni pun ade jugak.. hehe -zainatun adilah- pagi! :p

Nurnasihah Shahbuddin said...

Semua blog comel2, huhu.

Azhim.Kiey said...

saya nk tumpang!! korang n nisa jenguk2 la blog saya..just gambar...sedap untuk memandang...

http://kieytube.blogspot.com

Lyssa Faizureen said...

wahh .. best nyerr kalau blog Lyssa terpilih sekali . huk2!:)

farah hanim said...

semuanye blog best2

Myza Sam said...

nisa , meh mai blog Myza pula (:

baca lah post ini , ada pasal awok la

http://expressionbymyzasam.blogspot.com/2011/08/seorang-blogger-disyaki-adalah-pencuri.html

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

Terbelog said...

pen merah je penah pegi

cik kumbang said...

dlm byk2 list tu cik kumbang kenal cik dil je..ehe~

p/s:baru lepas tgk cara mekap simple dr nisa kat youtube...:D

kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com

Zul Fattah said...

erm.. blog aku bila nk masuk list ni..?
huhu./..masih menunggu kot.

si macho said...

da usha semua ^^,

Ijah EmoTemo said...

hihi semua belog2 tu ijah suka jgk :D

Muhamad Syafiq said...

semua blog best best ! :D

Adila Saidi said...

hee best ye mereka mereka semua ^^