Thursday, June 9, 2011

REVIEW – Forest’secret : berkualiti, berjenama dan mampu milik!

 

Assalamualaikum semua….

 

forest secret cropped

FOREST'SECRET – Korang pernah dengar tak? Baik korang jujur! Kalau tak, takmau kongsi rahsia. Pagi-pagi dah cerita pasal rahsia. Rahsia apa pulak? Hekhekhekk.. tu korang kena tunggu lah ye!

Forest’secret merupakan jenama Malaysia yang menyediakan rangkain produk penjagaan kesihatan diri dan kecantikan. Yang best nya, produk ni sangat boleh dipercayai dan best! SEBAB APA? Sebab semua barang-barang dari FOREST'SECRET ni diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi macam herba-herba. So, korang tak perlu takut nak pakai.

 

 

IMG_3629

Baru-baru ni aku ada ke kedai FOREST'SECRET yang terletak di Sunway Pyramid. Masuk je kawasan kedai yang ala-ala hijau tu, terus rambang mata nak pilih barang. Huahuahuaaa… Sebenarnya dah lama aku usha barang-barang FOREST'SECRET  dalam website dia… So, aku dah target nak beli beberapa barang.

 

 

IMG_3634FOREST'SECRET  REFINING PORE TIGHTENING SERUM  |  RM40.00

Yang ni best wohh! Sales Assistant kat kedai Forest’secret tu pun kata produk ni antara yang best seller lah kiranya. Kebaikan serum ni? Boleh mengecilkan liang pori-pori, so mengelakkan bahan-bahan mekap yang kita pakai terperangkap dalam liang pori, justeru mengurangkan blackhead whitehead.

BUKTINYA? Masa aku pergi facial kat Subang, akak yang buat facial kat aku tu sendiri kata liang pori aku tak besar, so bila pakai mekap/foundation, dia x terperangkap dalam liang pori. So kulit aku tak banyak whitehead! Yeahuuu… More info about this product CLICK HERE.

 

 

IMG_3640FOREST'SECRET LIP TREATMENT (MANGO FLAVOR)  |  RM12.90

Whoaaa lip balm pon ada flavor! Dia ada 4 perisa, aku dah lupa dah apa yang lagi tiga tu. Aku ambil yang mango. Bau nye sedap menusuk kalbu. Kahkahkah. Oh ye, bersesuaian dengan cuaca panas di negara kita ni, lip treatment ni bantu merawat bibir kering.

Sales assistant tu kata lagi, kalau kita pakai lip treatment ni sebagai base sebelum pakai lipstick, lipstick tu boleh tahan lama.

 

 

IMG_3644FOREST'SECRET FRESH LOOK COMPACT POWDER  |  RM55.00

Aku suka giler kot bedak muka dia! Bedaknya rasa ringan je kat muka nih. Dan senang blend dengan warna kulit. Entah macam mana nak cakap ehh… tapi aku suka lah bedak nih. Kahkahkah… Sapuan yang lebih mudha dan ringan.

 

 

Picture2508

Whoaaaa gambor overexposed! Hahahhaaa… Bila dah pakai produk FOREST'SECRET  ni, aku boleh kata sangat-sangat puas hati. Tak perlu takut ada apa-apa side effect atau allergic sebab produk FOREST'SECRET  ni herbal-based, takde nye bahan kimia and dia test straight kat manusia, bukan tikus makmal.

 

 

Picture2511

ALAMAK!!! Overdose pulak tepek gambor kat sini. Haahaaa… Jerawat pon dah segan nak naik kat muka aku neh. Kuikuikui… Tapi kalau jerawat musim “Red flag” tak boleh elak la kan. Tu kerja hormon. Kahkahkah!!!

So korang, apa lagi, jom ramai-ramai beli produk FOREST'SECRET  !! Sebab aku rasa produk dia berkualiti, berjenaman dan yang paling penting AFFORDABLE berbanding produk berjenama yang lain!

Kalau tak percaya, boleh browse around website FOREST'SECRET  yeahhh!! Bubbye.

 

 

sign NISA

17 comments :

ღ p!nk veLvet ღ said...

kat cnie mane lah nak cari forest secret ni, uwaaa~~

s said...

hey.. morning. sy pn pakai forest secret too tp utk cream yg kasi kurus tu :p hehehe

saharinasaharudin said...

1st time tau psl forest secret ni.btw,ur face glowing la.mulus je :)

sarah mohamad said...

tak pernah dengar lagi, tapi boleh je nak cuba :D

cik siti said...

lerhh... kamu ke??? hahhaa...

::♥☺Eira Faziera☺♥:: said...

macam best je,nk cube jugak la.. :)

Cik Eka said...

nak try lah nanti..hehehehe

tq nisa..eka mana ada pernah pakai serum2 kejadah semua ni sebab sebelum ni pernah pakai lepstu bukan naik jerawat..naik panau segala..serem..hehehehe

nak cuba lah forest secret nie

farah adila said...

kat mana jual forest secret tu???
macam best je...:)

Dayana Nasir said...

tak pernah dengar forest secret ni. tapi macam best jugak. nak ziarah lah nanti. hahaha

puteraduyong said...

ade satu lagi... tok wan' secret...makan majun n bedak sejuk buatan sendiri... :)

angkasa said...

aaah tak pernah la dgar forest secret sblum ni.bila akak dah buat review bru tahu

shafida said...

wahh..cantiknye. :D xpenah dgr plak name jenama nie..
Tp x pe.. Nanti blh pgi survey2. :D
thanks nisa. :)

Miss Y and Her World said...

me pun tak pernah dengar Forest's Secret ni. Forrest Gump pernah lah. Hehe.

Tapi kat Seremban ada jual ke ek? Nak gak try. Macam best je.


Btw, jom try pulak Apple Cider Vinegar.


Rawat Jerawat & Parut Dengan Apple Cider Vinegar

Fika Rozaidi said...

seronoknya tengok produk ni. mcm best je. nnt nak try usha ah kat sini ;D

belogkiter said...

macam best je

tzmlt converse said...

blh than gk..comel

mizzwaniey said...

boleh beli online kat wanie.. wanie agent forest secret :) memag besh !