Wednesday, June 8, 2011

AMARAN! ENTRY EMO. Jangan ingat aku bodoh.

 

AMARAN! ENTRY INI EMO. ENTRY INI PANJANG. ENTRY INI MENYINDIR. ENTRY INI SENTAP.

Assalmualaikum semua…

 

Malam ni berkampung lagi aku di McDonald’s seksyen 3 dengan semua ahli kumpulan aku, 3 jejaka yang sengal-sengal ubi. Sekali jumpa pulak seorang kawan kami. Borak punye borak, keluar pulak cerita tak best.

 

Masih ingat entry aku pasal 21 hari mencari dia? Tak ingat? Tak pernah baca? Ahhh lantaklah. Malas aku bagi link. Masa tu aku punya konon-konon excited nak pergi mengorat lelaki macam budak baru datang bulan. Masa tu hati tengah berkobar-kobar nak cari pakwe baru. Giler gatal dowh masa tu.

 

Tapi, in fact, program so-called 21 hari tu tak jadi ape pun. Habuk pun tarak! Aku fikir balik. Fikir dalam-dalam. Masa tu aku tak rasa aku DESPERATE sangat nak cari jantan. Aku bukan jenis lepas break up terus panas bontot nak cari yang baru. Maaf kata-kata kasar.

 

Lelaki yang aku target masa tu, orang yang aku kenal. Orang yang pernah “couple sebab salah faham” dengan aku. Aku tak nafikan, masa tu aku pernah ada perasaan kat lelaki tu. Tetapi, mark my word, MASA TU okay, setahun lebih dah berlalu. So semuanya macam errkkkk.

 

Tapi orang yang dok beria tu semua rupanya merancang sesuatu untuk aku. Thanks woi. You’re sooooo kind, ade surprise untuk aku ye? (Tangan di dada mata ke atas).

 

Masa aku tulis entry ni, aku dah tak peduli. Nak sentap? Baguslah. Sebab orang yang sentap aje yang tahu dorang sebenarnya dah buat salah dengan aku. Nak jatuhkan aku? Not that easy baby. Kau tu dulu sila bersyukur dengan apa kau ada. Maaf kata-kata menyerang.

 

Arghhh. Mana pergi ilmu Communications Law & Ethics yang baru aku perap dalam otak aku semester ni? Maaf lagi, emosi dah ambil alih kewarasan aku.

 

Tak boleh belah siap berpakat dengan orang sekeliling aku. Hehhhh mesti kau sedang melompat-lompat macam beruk kan sebab aku ikut telunjuk kau? Kau kelakar lah kalau nak buat aku jeles, sebab sampai mati pun aku takkan jeles.

 

Let me tell you the truth. Sebab nak ambil hati kau je aku buat semua tu bawah telunjuk kau. Suka kan kau? BAIKNYEEE AKU KAN????? (tangan di dada mata ke atas lagi). Mencari cinta? Sekali lagi aku cakap aku TAK DESPERATE lah. Aku menunjukkan elemen kecemburuan? Ye, sebab nak tunjuk kononnye aku bersungguh dalam program murni kau.

 

PUAS HATI? Aku jarang weh nak buat entry emo macam ni. Aku tahu apa kau dah pernah buat. Watch out.

 

 

P/S : Be profesional. Kalau masa kerja, hal personal buang dalam longkang.


19 comments:

  1. Sis, bawak bersabar k. one day org tu akan terima balasannya. dont worry :)

    ReplyDelete
  2. >____________< sila senyum macam ni









    BULLSHIT btol dia tu.

    You know how to payback kak nisa? by ignoring him and shows that you're happy with or without him.

    at that time, he'll be thinking like "aku ni bukan org penting ke kat hati dia?dia tak tangkap lentok dengan aku ke?"

    so just ignore him. haish turut tension sekali.

    ReplyDelete
  3. hurmmm...
    sabar aje la...
    moga nisa makin matang dalam hidup.
    ;)

    ReplyDelete
  4. nape nie nisa syg? sape org tue?

    ReplyDelete
  5. nape nie nisa syg? sape org tue?

    ReplyDelete
  6. Ok sys nisa.
    sabar dulu.. xpham sangat
    but u now mmg tgah emo.
    chill beb..

    I Tag u in this entry.. hope u xemo dgn sy sbb ni ;)
    http://pinkexia.blogspot.com/2011/06/contest-kalau-saya-dapat-rm-300.html

    ReplyDelete
  7. Jangan masam-masam. Take time for release all emo-emo tue,. okeyh?? its okeyh. Nnati bila dah okeyh, baru ley tgk Nisa Kay senyum smeula.. Senyumanmu Indah macam sunset. Indah tapi unik. hehehe **Dusudh.. **

    Take a deep breath and time

    ReplyDelete
  8. Jangan masam-masam. Take time for release all emo-emo tue,. okeyh?? its okeyh. Nnati bila dah okeyh, baru ley tgk Nisa Kay senyum smeula.. Senyumanmu Indah macam sunset. Indah tapi unik. hehehe **Dusudh.. **

    Take a deep breath and time

    ReplyDelete
  9. erkk..sbar ya kak nisa..tamau mrah2x..nnty tak comel dh..hehee

    ReplyDelete
  10. Betul punya emo dah ni , aku dapat bayangkan kalau kau tengah cakap semua ayat dalam entry ni dengan nada yang tak sedap tuuuu . Haha sabar okay biasalah tu rambut je sama hitam hati tgk sape lebih busuk :p

    ReplyDelete
  11. wuaaa..sabar kak nisa..cool down..
    moga orang tu dapat balasan setimpal atas ape yg dia dah buat..

    btw, kak nisa comel sgt dlm youtube.. teheee :D

    ReplyDelete
  12. x paham sgt...
    maybe bcause i'm not related at all..haha

    -org RTM-

    ReplyDelete
  13. alahai nisa..pejam mata dan tarik nafas dlm2 ye..akak baca rasa nisa cam emo sgt2 time taip entry ni.huhuhu

    ReplyDelete
  14. huh, sentap nok baca (tangan didada mata bercucuran air mata) ngeh3..peace yo =]

    ReplyDelete
  15. aku rasa mesti ko comel masa ko marah!hehehe!

    ReplyDelete
  16. cool my dear, awk org cantik...ramai yg nak...sabar yea ...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay