Wednesday, May 11, 2011

Jom masuk contest : STYLE ME CONTEST by Diari Comel Saya

Assalamualaikum semuaa....

Hari ni aku update sikit dari dalam kelas ye... Tak banyak pun, just nak promote contest yang dianjurkan oleh kawan aku Myra Amira



Menariknya contest ni, korang boleh gunakan kreativiti korang untuk mencadangkan / menceritakan bagaimana anda nak make over penampilan / style tuan contest ni iaitu Cik Myra Amira.  So, perah idea kreatif korang sekarang! 5 PEMENANG bakal dipilih berdasarkan entry paling kreatif. 

Meh aku bagi tips, dalam entry korang tu nanti, korang boleh lah letak sketch korang ke, atau gambar-gambar contoh yang korang boleh cari kat Google.. Gaya tudung, mekap, style pakaian... korang boleh letak gambar contoh atau letak link video dari youtube ke.. heheh bukan susah!

Hadiah ape??? Haaa mengikut tuan contest, hadiah bakal ditentukan mengikut pemenang. Ye lah, takut nanti kalau beli hadiah perempuan, mana tahu pemenangnya lelaki, kan kan???

Contest tidak tertakluk kepada jantina perempuan sahaja... Lelaki pun boleh lontarkan idea kamu! Jom masuk contest ni! Sebarang maklumat lanjut, sila klik pada banner contest di atas.

Bubbye!