Friday, March 25, 2011

TIPS : Bibir pon nak kena jaga jugakk…!

ENTRY 5 : Cabar Diri Naikkan 10 Entry Hari Ini

Hoihhhh cuaca panas sekarang bukan main teruknya! Maklumlah pemanasan global kan.. Tapi tu lah ade yang tak sedar-sedar lagi tuh! Oopss alamak terpesong pulak dah, bukan nak cerita pemanasan global ke ape ke… Nak bagi sikit tips ni haa…

Berikutan musim panas dan kering, lepas tu kadang-kadang hujan pulak… mesti buat bibir kita kering, merekah, lepas tu kalau tangan tu gatal nak cabut kulit yang kering tuh, mula lah luka pulak! Aiyahh kenapa macam itu meyh??? Bibir juga merupakan aset penting bagi diri kita, bagi aku tak kira lelaki atau perempuan pun.. Hehe..

Source here.

 

1. Kulit yang kering menyebabkan kedutan!

Hal ni sering berlaku pada yang memiliki kulit bibir yang halus. Bila kering, cepat aje berkedut. Alamakkkk nanti nampak lebih tua! So, kekal dehidrasi dengan meminum banyak air okeh!

 

2. Berhenti merokok

Penjagaan bibir bukan untuk perempuan sahaja. Lelaki pon sama okeh! Bayangkan.. muke dah hensem giler sekali bibir kering, kulit merekah-rekah. Eeuuuwww! Rosak mood! Haha… Bila merokok, ia mengurangkan bekalan oksigen ke bibir dan itu yang menyebabkan bibir kering. Berhenti merokok bukan mudah, tapi kalau usaha sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit bukan?

 

3. Buang kulit mati di bibir anda secara berkala

Kulit yang kering tu, jangan la pergi cabut terus, kang berdarah kang! Basahkan dulu bibir tu dengan air suam ke, bila kulit tu dah lembut sikit baru la cabut perlahan-lahan. Ia menggalakkan tumbuhnya kulit baru. Kalau aku? Aku sapu vaseline. Bila dah lembut kulit bibir yang kering tu, aku gosok pakai tisu basah, biar kulit mati tu tertanggal.

 

4. Gunakan lip balm yang ada sun protection

Tak payah cakap yang macam mana, pergi aje tengok kat farmasi, Watsons ke, Guadian ke… Semua ada.. pergi kat bahagian lip balm tu, ada macam-macam jenis, macam-macam jenama.. Cari yang ade elemen untuk sun protection. SPF yang terkandung dalam lip balm tu membantu melambatkan penuaan dan penggelapan pigmen bibir.

 

5. Sapu minyak Vitamin E atau minyak badam

Minyak ni memastikan bibir korang sentiasa lembut dan mengurangkan garis-garis kat bibir tuh. Bibir kita tak menghasilkan minyak semulajadi, tak macam kulit yang lain.

 

6. Elakkan menjilat bibir!

Ini memang selalu kita buat kan?? Hohooo… sebenarnya menjilat bibir tu tak elok sebab air liur tersejat dengan cepat dan ia menjadikan bibir kita lebih kering!

 

Picture2210Konon bibir aku sehat sangat lah tewww. Ahaks!

Haaa dah baca tips kat atas, dah tu tak reti-reti nak amalkan penjagaan bibir? Hohohooo macam memaksa pulak aku ni kan. HAHAHAA…. tak kisah lah wey.. tak ada paksaan pun.. tapi sedarlah bahawa, menjaga bibir adalah menjaga sebahagian daripada muka anda… dan muka kita adalah tarikan kita.

Kalau kita tak menjaga bahagian muka kita seeloknye, apa agaknya impression orang pada kita ye? Hmmmmm~ Renung-renungkan…

 

sign NISA

8 comments :

Muhammad said...

Salam

errrrr....me tak pernah jilat bibir.
But selalulah geget.Dah habit sejak kecil..yay.

tak pa kan ??.

nur anis said...

walaupun saya banyak minum air and pakai lip balm, bibir tetap kering.. :(

niDa said...

kish itu bibir.. muuaahh!! hehehe,,

Aimi azam said...

memang dahjadi tabiat jilat bibir..hehee :)

Nisa Menaip said...

@Muhammad

heheh lebih kurang juga tu :P

Nisa Menaip said...

@nur anis

minum air suam..
and tgk jenis lip balm jugak. hehe

Nisa Menaip said...

@niDa

hahaha!!

Nisa Menaip said...

@Aimi azam

ahhaha ~