Tuesday, March 8, 2011

Pra-tonton Filem : RATU The Movie

SEKALI LAGI… entry busuk. Sorry, aku baru teringat pasal ni lepas aku jumpa gambar-gambar dalam folder berhabuk :P

Aku telah dapat tiket free dari abang Darkbatman untuk pra-tonton filem “RATU The Movie” Pra-tonton means, korang tengok movie tu sebelum tayangan perdana pun! Masa pra-tonton ni merasalah korang tengok satu panggung dengan para pelakon, pengarah filem, wartawan.. Haaa kelas uolls!!!

 

TARIKH : 22 FEBRUARI 2011

LOKASI : Cathay Cineplexes, E@Curve

SINOPSIS

Filem “RATU the Movie” mengisahkan perjalanan satu pertandingan realiti iaitu pencarian Pesona Ratu. Seramai 10 orang finalis telah dipilih, namun sebelum sempat pemilihan bermula, 2 orang telah disingkirkan. Kenapa? Tengok sendiri lah ye.

Percutian penuh glamor yang diimpikan seakan bertukar menjadi mimpi ngeri kepada 8 peserta yang tinggal. Keseronokan yang dijangka rupanya angan-angan sahaja. Segalanya berubah dalam sekelip mata apabila mereka terperangkap di sebuah pulau gara-gara ribut melanda.

Misteri mula menyelubungi apabila satu persatu perkara misteri menimpa mereka dan ada peserta yang hilang. Mereka berpecah dan terjadilah perkara-perkara yang tidak mereka jangka kan. Namun, tetap ada satu pemenang dalam ‘permainan’ ini. Apa yang jadi kepada semua finalis? Siapa menang? Nak tahu tengoklah sendiri. Aku bukan nak buat review filem ke ape. So aku malas komen. Ahaks..

 

IMG_1664

IMG_1595Selepas tayangan filem tamat. Sidang media antara pengarah, pelakon dan wartawan.

 

IMG_1622

IMG_1646Muncung aku hudoh giler weyh~

  Credit : http://darkbatman.com/

 

asfwegCRIME PARTNER OF THE DAY : Syafiq Rosli , Aqu APi & Nisa Menaip

 

Banyak lagi gambor camwhore kitorang. Maklumlah.. aktiviti wajib kan kan kan… Ahaha.. malas nak cakap banyak dah, nanti kalau rajin aku upload kat facebook aku. Bye bye.

P/S : Preloved shawl dan baju KLIK SINI

 

sign NISA

2 comments :

Nasuha Salleh said...

ramainye pelakon wanita =O
hrp2 le filem ni gempakk

Syafiq Rosli said...

amik gmbr dengan model mana tuh..:)