Thursday, March 24, 2011

Move on lah!

Move on? Apa maknanya? Bergerak? Ya… lebih kurang. Tapi bergerak apa? Bergerak dari sesuatu fasa dalam hidup kepada fasa yang baru, yang lebih baik, dan semestinya lebih matang.

 

IMG_2458

 

SITUASI 1

Apabila melakukan sesuatu pekerjaan, namun gagal teruk.

Tak semua yang kita rancang akan berakhir sejibik sejiban macam yang kita harapkan. Maklumlah, kita hanya mampu merancang namun Tuhan yang menentukan. Apabila kita gagal dalam sesuatu pekerjaan, janganlah sampai ia patahkan semangat anda untuk meneruskan usaha.

Jangan hanya kerana satu kegagalan, anda sudah give up! Maka.. move on lah! Muhasabah diri, kenal pasti mana silapnya, dan laksanakan perancangan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jadikan kegagalan lalu sebagai pengajaran di masa depan.

 

SITUASI 2

Perhubungan yang tidak berjaya

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Dalam hidup kita ni mesti kita dah jumpa orang yang kita sayang kan? Namun apakan daya jika perhubungan yang kita harapkan supaya kekal tu, terputus di tengah jalan. Banyak sebab yang membawa kepada terputusnya hubungan.

Namun sebagai manusia yang ada akal, kita kena lah move on. Bersedia memaafkan, menerima hakikat dan meneruskan hidup dengan aman. Tak perlu lah nak gaduh-gaduh atau tuduh menuduh. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. InsyaAllah kalau kita redha dan sabar, mesti Allah akan bagi balasan kebahagiaan berganda-ganda untuk kita.

 

SITUASI 3

Perhubungan yang tergantung

Aku dah banyak kali jumpa kes macam ni. Aku sebelum ni pun pernah hadapi kes ini! Hubungan tergantung means bila seorang lelaki dan seorang perempuan menjadi sangat rapat, namun tiada apa-apa ikatan. Couple pun tak, tapi layanan terhadap masing-masing bagai lebih dari kawan.

Ada situasi yang mana kedua-duanya memang decide untuk berkawan rapat dahulu, tetapi masing-masing memang punya perasaan.

Ada juga situasi yang agak bahaya, di mana masing-masing melayan, namun awal-awal dah decide memang tak ada relationship. Ehh kalau dah tahu tak niat nak buat awek, buat apa biar si lelaki ambil kesempatan ye tak? So move on aje laaa.. Limitkan hubungan! Kita harus tahu beza kawan dan teman istimewa.

 

*          *          *          *          *

 

Haaa so guys kalau ada yang tetibe ter-kena dengan entry di atas, minta maaf sangat ye. Entry ni entry general, sesuai untuk bacaan umum. Hek hek hek~ So dah tahu kenapa kiat perlu move on? Ya! Kerana kita tahu kita perlu perbaiki diri dan hidup kita dari masa ke semasa.

Tak perlu stuck pada satu situasi sahaja. Kita patutnya tahu yang hidup kita ni adalah mengenai berjumpa orang ramai, kenalan baru, mengalami pengalaman berbeza dan banyak lagi. Jangan sesekali biar diri kamu stuck pada satu perkara, nanti diri sendiri merana oke?

Yang penting, sifat memaafkan. Maafkan diri sendiri, maafkan orang lain. InsyaAllah hidup tenang :) Ohh ye kepada seseorang yang sekarang setia sangat baca blog saya, saya ucapkan jutaan terima kasih. Dan ya, saya maafkan awak. Saya kesian dengan awak sebenarnya. Move on lah :)

Oopps entry terrrr-panjang pulak. Oke babai!

 

sign NISA

36 comments :

y u y u Z u l a i k h a said...

heheheheh.... bestt.. suka <3

iz said...

mekasih,app di fb..(awat nak kena komen kat sini?)..hihi..

Syafiq Rosli said...

yeah harus move on..jadikan hidup kita lebih baik

♥..cik_mas..♥ said...

ya... tu dia.. bila nisa sudah menaip... i like dis entry !!!! :)

Biela Yusoff.. said...

emm..ok insyaAllah ..biela akn buat perubahan diri secara perlahan2...amin...isyaallah..

ed shahir said...

wahhh. best la baca entry ni nisa. sangat berguna. thanks :)

Dawa said...

btol apa yg nisa cakap tu. yg penting kena igt kita ni mampu berusaha je, kalau bukan rezeki kita, tak bley buat apa gk. move on to something yg better. kdg2 Allah takdirkan kita dgn sesuatu yg di luar jangkaan kita. yg penting sentiasa berdoa supaya mendapat yg terbaik :)

shaerin said...

agreed !

xmo stay je kat tempat itu . life kan panjang . so, MOVE ON :) then akan lebih appreciate their life .

Mr. Swift said...

Perhubungan yang tergantung?

*move on jelah. ;p

SHIMI said...

hmmmm

sab said...

pernah kena pada perhubungan tergantung...

and alhamdulilah..sekarang dah tak tergantung lagi... ehem :)

ria said...

saya sokong entry nie. . best

Si PaNdA cUtE said...

suka2....=)

Salam Akk said...

wow.....

storyfromme said...

nice :)

Anonymous said...

IMYSM :(

Izyan Masri said...

NAK MOVE ON JUGKLAH :D

Nisa Menaip said...

@y u y u Z u l a i k h a

hehehe best ek :P

Nisa Menaip said...

@iz

hahaha xpe..
same2
:)

Nisa Menaip said...

@Syafiq Rosli

yuppp2
:)

Nisa Menaip said...

@♥..cik_mas..♥

ehee tenkiuu cik mas :)

Nisa Menaip said...

@Biela Yusoff..

perubahan utk ke fasa yg lebih baik...
goodluck dear :)

Nisa Menaip said...

@ed shahir

glad that this entry useful for u ed..
hehe
thanks sbb singgah.. dah lama x nmpk ed?

Nisa Menaip said...

@Dawa

betul tu!
hehe thankss utk pendapat yg bernas. i like!
:)

Nisa Menaip said...

@shaerin

hehehe yup2...
:)

Nisa Menaip said...

@Mr. Swift

yaaa move on :)

Nisa Menaip said...

@SHIMI

hmmm?

Nisa Menaip said...

@sab

good for u dear :)

Nisa Menaip said...

@ria

thankss!

Nisa Menaip said...

@Si PaNdA cUtE

thankss sbb suka :D

Nisa Menaip said...

@Salam Akk

heheh
ape yg wow :P

Nisa Menaip said...

@storyfromme

hehe thanks!

Nisa Menaip said...

@Anonymous

errrrrr????

Nisa Menaip said...

@Izyan Masri

yeaaa ":D

atiqa :) said...

paling suka SITUASI 2 . hehe :P

Nisa Menaip said...

@atiqa :)

hehe yup2