Sunday, March 13, 2011

FILEM : Underdog Soldiers

Tengok wayangggg!! Weehuuu dah lama tak tengok wayang. Lepas tu ade pulak member ajak pergi tengok wayang, aku pon setuju aje laaa… Hohohoo.. Boleh pulak dari Shah Alam straight aje ke One Utama.

Alah tak kesah lah mana-mana pun, boleh jek. Wayang jugak kan. Hohoo… amik pulak filem midnight. Sebelum tengok wayang tuh meh la kite melantak mengenyangkan perut.

 

IMG_1986

IMG_1987

Hohoooo makan A&W aje lah.. sampai kat OU lak dah pukul berapa, amik tiket midnight lak tuh. So kedai makan dah tak banyak yang still bukak. Aku rasa masa aku makan kat A&W tu pun, kedai tu dah nak tutup sebab dia dah kemas bahagian dalam kedai.

Oh ye. A&W kat One Utama tak sedap. Diulangi, tak sedap. Well, roti conie dog nye sangat liat. And yes, aku tak makan rotinye sejak aku gigit roti untuk kali pertama. Aku makan hotdog nye aje. Boleh tahan lah. Lagipun dari dulu sampai sekarang, kepopularan A&W terletak pada air root beer nye sahaja? Kan? Ke aku silap? Haha.

 

IMG_1994

Movie ni turut dikenali dengan nama TOMORROW : WHEN THE WAR BEGAN.

Nak tengok cerita lain sebenarnye.. Tapi aku lupa la pulak cerita apa… Aku sampai kat OU pun dalam pukul 10. So, malas nak ambil tayangan lewat sangat. Aku pun pilih je la movie yang ditayangkan dalam pukul 11 malam.

Pandangan aku mengenai cerita ni? REMAJA YANG SANGAT SANGAT BERANI! Nampak tak perempuan yang depan sekali dalam poster kat atas?

Dia lah Caitlin Stacey, teraju utama dalam filem nih. Bagi aku, lakonan beliau penuh perasaan lah. Haha tak tahu pulak macam mana pendapat orang lain.

 

SINOPSIS

Movie ni mengisahkan satu bandar bernama Wirawee di Australia yang ditakluk kuasa asing. Bukan makhluk asing ye.

Heroin di atas, dengan beberapa kawannya pergi bercuti kat luar bandar. Sehari je kot aku rasa. Dorang balik aje, dorang dapati semua rumah kosong! Binatang peliharaan mati, dan semua orang hilang entah ke mana.

Siasat punye siasat, rupanya semua orang dalam bandar tuh dah ditawan oleh kuasa luar. Aku pun sebenarnya kurang jelas kenapa kuasa luar tu nak takluk kawasan kat situ. Kalau korang tengok betul-betul cerita ni, ada masa dorang sembunyi, dorang tengah dengar radio, masa tu lah matlamat taklukan kuasa luar tu dijelaskan.

*          *          *          *          *

Yang bagusnye cerita ni ade tunjuk moral value. Contohnye semangat setia kawan. Macam mana dorang saling care about each other, macam mana heroin di atas sayang giler kat bestfriend dia. Dan semangat cintakan tanah air, nak selamatkan orang-orang yang dorang sayang. Fuhhh aksi-aksi dalam cerita ni pun boleh tahan…

YANG TAK BEST???? Ending tergantung !!! Nasib kawan baik heroin ni tidak diketahui setelah beliau dan boyfriend nye menyerah diri kerana kawan baik dia ni tercedera ditembak. Memang sah lah akan ada sequel untuk movie ni. Memandangkan aku dah tengok yang first, memang kemungkinan besar lah aku akan tengok sequel nye. Rating??? 3.5 bintang daripada 5 bintang. Hekhekhek..

Bukan tak best langsung, cuma kurang jelas sikitttt aje :) To know more about the film’s sequel click here.

 

sign NISA

14 comments :

..hizamirahim.. said...

wah wah wah...
nak layan wayang jugak ah.
XD
a&w mmg terkenal dgn root beer dia tu.

Afzan Rahman said...

Nisa layan la Beastly...
best gak :D

Cik Nursya said...

sbb cik nisa dh ckp x bape best cite nh, x nak la gi tgk... ;)

APi said...

tak ajak pon..=.='

Nisa Menaip said...

@..hizamirahim..

whaaa hizami!! hahaha lama x dengar berita??
ahhaha

Nisa Menaip said...

@Afzan Rahman

ouhhh really?? ni yg nak tengok :D

Nisa Menaip said...

@Cik Nursya

hahah xde la x best sgt. but I LIKE IT :)

Sora Rasyido said...

citer los angeles tu dah kuar x gi? yg perang2 tu? tu pon bes gak..

Nisa Menaip said...

@APi

plan last minute.
lgpun bukan gi ngan kwn2 blogger pon.

Nisa Menaip said...

@Sora Rasyido

ouhhh kalau ade masa nnt nisa g tgk ye :)

diana said...

lama dah tak tengok filem omputih..
tak sempat la..
heheh

Nisa Menaip said...

@diana

masa tgk citer nih merong mahawangsa x kuar lg...
byk cite omputih aje..

Afzan Rahman said...

seyes Beastly best...
i dah tengok citer tu buat kali kedua...
hehehe

Nisa Menaip said...

@Afzan Rahman

whaa yeke nih?
hehe ni teringin nak tgk neh :D