Sunday, February 6, 2011

Saya Ingin Menjadi Blogger Pilihan Di Sahabat Blogger

  • Assalamualaikum pembuka bicara buat semua sahabat yang membaca… Kali ni aku terbuka hati nak join segmen Blogger Pilihan di website Sahabat Blogger.
  • Walaupun aku tersepit di antara kesibukan yang tidak pernah mengenal penghujungnya namun aku tetap ingin menghantar penyertaan untuk segmen ini.

 

Siapa nama aku? Kenapa aku pilih nisamenaip[dot]blogspot sebagai URL?

IMG_6315 edited

  • I go by the name Khairunnisa’ Aminullah. Di dalam dunia blog semestinya aku lebih dikenali dengan nama NISA A.
  • Ramai yang tidak tahu, maka mereka masih bertanya tanya, kenapa huruf A? Nama buah hati kah? Ohh sebenarnya huruf A stands for my father’s name, Aminullah.
  • Aku memilih untuk dipanggil dengan nama Nisa kerana Nisa membawa maksud yang baik, dan pada hematku nama Nisa lebih lembut dan sedap di dengar.
  • NISAMENAIP? Kenapa aku memilih kata kunci nisamenaip sebagai URL blog ini? Jika aku pilih sayasukamenaip, aku khuatir ia terlalu panjang untuk sesebuah URL.
  • Dan ada kemungkinan ia susah diingati. Aku pilih nisamenaip juga kerana blog ini merupakan ruangan aku menaip apa sahaja yang aku inginkan, berkongsi cerita kehidupan seharian.

 

Dah berapa lama aku terlibat dengan dunia blog? Kenapa mesti ber-blog?

Photo 1777Abaikan gambar umur 18 aku itu!

  • Kalau diikutkan, sudah dua tiga tahun jugalah semenjak hari pertama aku mula mula menulis dalam ruangan blog. Namun, ketika pertama kali aku menulis blog, blog itu merupakan blog private. Dan aku menulis apa sahaja dari lubuk hati, menganggap blog merupakan diari online aku, pada masa itu.
  • Namun, atas sebab sebab tertentu, dan juga tidak punya masa untuk update, aku delete blog itu dan membuka blog baru, gatalmenaip[dot]blogspot. Hobi aku menukar URL menyebabkan tidak ramai follower yang melekat dengan blog aku. Dan sekali lagi aku delete blog itu atas sebab peribadi.
  • Blog Saya Suka Menaip ni pula aku wujudkan sejak awal tahun 2010. Dengan blog ini, aku berazam untuk mengubah cara penulisan, dan menjadikan ia lebih berguna untuk ramai orang.
  • Ketika aku mula berjinak-jinak dengan blog, blog aku anggap sekadar tempat untuk ekspresikan diri, tidak lebih dari itu.
  • Namun semakin lama aku blogging, aku dapat lihat blog bukan sekadar tempat menulis perkara peribadi, berkongsi cerita dan berkongsi gambar. Pada pendpat aku, ia lebih dari itu, ia lebih kepada berkongsi kehidupan kita kepada sesiapa yang membaca.. ia lebih kepada memberi orang untuk merasa apa yang kita ada.

 

Apa yang aku harapkan dari blog aku yang tidak seberapa ni?

IMG_5569 edited

  • Tidak berani untuk aku meletak harapan tinggi untuk blog aku. Aku merasakan aku masih jauh lagi dalam perjalanan ini.Masih banyak ilmu yang perlu aku timba untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada aku dan blog aku.
  • Namun pun begitu, aku mengharapkan suatu hari nanti, blog Saya Suka Menaip ini menjadi laman kegemaran ramai, aku berharap agar apa apa yang terkandung dalam blog aku menjadi sesuatu yang berguna buat semua.
  • Dan aku mengharapkan setiap orang yang masuk ke laman blog aku, akan keluar dengan perasaan gembira.. InsyaAllah….

 

Apa Sahabat Blogger tu? Apa maknanya Sahabat Blogger tu pada aku dan blog aku?

IMG_8132 edited

  • Sahabat Blogger merupakan satu group yang dtubuhkan di facebook. Maaf ye, aku betul betul lupa siapa yang add aku ke group tersebut.
  • Mulanya aku memanfaatkan group SB ni hanya untuk promosi blog, sama seperti group blogger lain di facebook.
  • Namun, semakin bertambah ahli di group SB, aku tahu ia bakal menjadi sesuatu yang lain, bukan sekadar promosi blog.
  • Meluang masa beramah mesra, mendekati para blogger yang sudah berpengalaman, berkenalan dengan sahabat baru merupakan antara kenangan aku dengan group SB.
  • Di sini, para blogger otai bermurah hati berkongsi tips dan nasihat. Dan aku sebagai blogger biasa-biasa sahaja amat menghargainya, aku juga mengharapkan agar para newbies menerima segala teguran dengan hati terbuka, tanpa dendam ye… Aku juga pernah menjadi newbie…
  • Group SB kini menjadi ruangan yang wajib aku lawat hampir setiap hari.

 

Sekian, dari aku dan blog aku yang biasa-biasa sahaja. Penghargaan tidak terhingga buat semua yang singgah. Tuhan sahaja yang dapat membalas kebaikan kalian.

Semoga penyertaan aku dalam segmen Blogger Pilihan ini membawa kebaikan buat aku, dan buat semua. Amin….

 

Bye bye.


42 comments:

  1. owg peymes mesti dpt, den mesti idak dapat jadi blogger pilihan.sob sob sob

    ReplyDelete
  2. anda seorg yg sangat hebat dan dikagumi...
    chaiyok2!!

    ReplyDelete
  3. @nazirulhazwan~

    haishhhh jgn ckp camtu meyh,...
    keputusan mesti dibuat seadilnya...
    :)
    dan sy x feymes pon. terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. @creativeheart

    haishhhh xdelah macam tu sekali..
    ehhehe
    \thankss~

    ReplyDelete
  5. best tau baca blog nisa ni...u r my idol :)

    kalo rajin singgah la my blog sy yg tak seberapa ni

    http://pcar19.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. takde butang undi ke? klau tak nak tekan laju2 sampai nisa jd blogger pilihan ni..huhu

    ReplyDelete
  7. cik nisa tak payah buat post macam ni pon dah jadi pilihan hati.

    ReplyDelete
  8. nak masuk meminang buleh? eh,dah ada ygg punya ke belum?

    ReplyDelete
  9. haha.. comelnye.. opss..
    okthanxbye

    ReplyDelete
  10. mesti dapat punye ^_^
    My Recent Post: Eh Itu Eh Ini.

    ReplyDelete
  11. wahahahaha...gud luck nisa!!!~hebat nisa nie... ^^

    ReplyDelete
  12. Nisa! Burungman datang terjah! Haha

    Sama umur la usia kita berblogging.. Dan alasan pun hampir sama.. So, saya wakilkan Nisa untuk mewakili saya jugak.. Hehehe :P

    Gambar masa umur 18 tahun tu nampak lain.. Sebab ada spek mata.. Hehe

    Apa lagi mau komen haa.. Hmmm, oh ya, sila2 la datang blog Burungman okey.. Join the others dalam Bloglist kalau sudi :D

    Jom Join Bloglist Burungman

    ReplyDelete
  13. Nisa! Burungman datang terjah! Haha

    Sama umur la usia kita berblogging.. Dan alasan pun hampir sama.. So, saya wakilkan Nisa untuk mewakili saya jugak.. Hehehe :P

    Gambar masa umur 18 tahun tu nampak lain.. Sebab ada spek mata.. Hehe

    Apa lagi mau komen haa.. Hmmm, oh ya, sila2 la datang blog Burungman okey.. Join the others dalam Bloglist kalau sudi :D

    Jom Join Bloglist Burungman

    ReplyDelete
  14. @a little less conversation

    ahahhaha
    xde undi kot...
    juri profesional yg pilih lah nampaknye :)

    ReplyDelete
  15. @Saya Fan Nisa

    ahahahah
    pilihan hati tuuuuu..
    kembang kejap :)

    ReplyDelete
  16. @Nasuha Salleh

    ehhhh
    kite xtahu lg siapa yg juri pilih :)

    ReplyDelete
  17. nisa blog u best :)

    Btw, boleh tak ajar macamana nak tukar url?

    sebab url blog yuyu macam susah je. orang selalu tertukar sebab symbol tu.

    help pls. :(

    ReplyDelete
  18. @yuyu aziz

    ouhhh senang je..

    1. pegi kat dashboard, klik Setting
    2. klik kat Publishing.

    kat situ leh tukar URL :)

    ReplyDelete
  19. suke tgk blog nisa..menarik dan best bile bce entry2 yg nisa buat...

    ReplyDelete

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay