Monday, February 7, 2011

It was a nightmare. Janji tak nak buat lagi!



  • Ini lah nightmare aku. TADI. Ya... tadi. Jam dipenjuru skrin kemputer riba ni aku jeling. Ahhh 5.55 pagi! Ya, pagi bukan petang.
  • Awalnya aku bangun? Apa aku buat? Tidak, aku tidak bangun. In fact, aku belum tidur. Hari ini terjadi satu perkara yang menakutkan aku lagi menginsafkan.



  • Tiket pulang ke Temerloh sempena cuti Tahun Baru Cina bertarikh 3 Februari, jam 4.30 petang. Ya agak lewat, tapi aku terpaksa memandangkan tiket pagi dan tengahari habis gara gara ramai pelajar pulang bercuti.
  • Aku tidak kisah, asalkan jadual perjalanan pada waktu siang. Macam biasa kalau naik bas mesti aku sumbat telinga dengan earphone, dengar lagu dan terus tido dengan enaknye.
  • Dan biasanya juga kalau aku sampai di Terminal Temerloh, aku terus beli tiket balik, takut habis. Tapi cerdiknya aku hari itu aku tak pergi withdraw duit pon. Berbekalkan doploh hengget dalam purse, habis bayar tambang teksi dan makan tengahari ketika di Shah Alam sahaja.



  • JUMAAT. Masih aku bersenang lenang di rumah, tidur macam tiada hari esok. Ya, aku merasakan aku sangat sangat perlu top up tidur aku yang tidak cukup kerana berlama-lama di depan skrin lappy.
  • Chatting punya chatting di wall SB, berjanjilah aku dengan beberapa blogger untuk bertemu di Temerloh pada hari Sabtu.
  • Yaaaa alang-alang keluar bandar, baru aku teringat nak beli tiket balik dan beberapa barang lain. Baru teringat tuh!!! Tak senonoh betol perangai aku kan.
  • Padan muka aku jua kerana tiket perjalanan siang semua habis! Finish! Sold out ye!!! Padan muka aku doblas juta kali.



  • AHAD. Tiket bas ekspres SE Super ke Shah Alam, jam 8.30 malam. Malam!!! Arrgghh!!! Aku takut! Aku dah lah tak pernah ambil tiket malam. Entah pukul berapa sampai pon tak tahu.
  • Yelah dengan kes accident sana sini melibatkan bas ekspress sape tak fobia weyyy~
  • Takut aku takut gedik. Maka aku call si dia, aku nak nangis nangis pulak memang mintak penampor jepunggg aku nih!
  • Pukul 8.00 malam. Mak abah hantar ke terminal. Takut lagi. Abah bagitahu bas yang along aku sepatutnya naik pukul 5.00petang tadi baru aje jalan. See??? Bayangkan betapa jam nye kat highway.
  • Bas bergerak lancar, aku pulak tak keruan sebab silap ambik earphone. Yes, padan muka aku! Padan muka lagi dan lagi.
  • Masuk aje tol Karak (kot?) kereta dah mula ramai... erkkk ramai ke banyak? Aku dah agak! Jalan mesti jam teruk punye!!!
  • Aku penat sebab duduk aje. Belakang dah sakit. Bontot dah kebas tak rasa apa dah. Kaki aku? Entah ke mana pon aku tak tahu.
  • Kiri kanan jalan gelap aje... Tak nampak ape selain pokok pokok, bukit.. hutan. Oke ini memang menakutkan!!!!! Perasaan aku tak reti nak explain macam mana dah. Aku terjaga 2.00 pagi. Baru melepasi Genting Sempah!!
  • Lepas je terowong sempadan Pahang-Selangor, dah tak jam dah... Alhamdulillah... perjalanan lancar sampai ke Hentian Sebelah Gombak. Agak lama berhenti di situ, sebab nak ambil sebahagian penumpang bas ekspres SE Super jugak yang rosak.



  • SHAH ALAM. Yeahhhhh alhamdulillah sampai jugak! 4.00 pagi tuh! Perjalanan yang biasanya 2 jam setengah aje jadi hampir 9 jam! Macam nak pergi kedah la pulak? Ehhh ye ke pergi Kedah 9 jam?
  • Alhamdulillah syukur sangat sangat ada kawan yang nak tolong ambil aku kat stesen bas Seksyen 17. Thanks a lotttt Iejam!!!!


MORAL OF THE STORY :

  • Aku tak nak dah ambil bas malam!!!! Kalau siang jam pon takpe asalkan bukan malam!!!
  • Beli tiket awal-awal !!! Jangan suka bertangguh okeh!!!




P/S : Sorry lah entry bosan. Memang bosan.

14 comments :

Shahazrin said...

bagus..pengajaran yang sangat baik..lain kali buat lagi yer..

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@Shahazrin

ahaahha
ade lak buat lg :P

MuNsYi SaMa said...

eh, slalu nye jam siang la tension, xleh tido. jam mlm senang je tido. tp elok gak jam2 ni. xde la bas tu bwk laju cm org gile.bahaye.

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@MuNsYi SaMa

nisa takut la malam.. sbb xnampak kiri kanan. huhu

Anonymous said...

ek eleh gedik gile... mlm ke pg sme je

Fatini Azmi said...

betul3... takutt kn.?? tni pernah naik bas mlm nk ke muadzam shah balik kampuss... makk 0ii serammm...! kiri kanan hutannn..! tue first & last naik bas mlm... pengajarann tukk kte sume,expecially gurlsss..huhu =)

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@Anonymous

haha
aah kan, gedik kan ;)
takpelah, setiap org pendapat lain2.

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@Fatini Azmi

yupp especially girls la.. kena lebih hati2 kan.

ain yoshiko said...

same la kite. tak pernah2 sampai jengka pagi, semalam sampai pagi.
jem yang amat kat genting sempah. saket duduk lame2 kan kat dalam bas? hehe

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@ain yoshiko

huhu tau xpeee...

hifazphat said...

saya lbh 14jam atas kete Besut -> Bangi. sangat penat! kesian kat abang yg drive manual car sorang2.. huhu..karak xpernah jem seteruk ini. 4jam spend mase kat karak je -__-"

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@hifazphat

tu lahhh...
kereta byk sgt kan...

dR dReamLoVeR said...

aku naik SE Super, accident. serik terus tanak naik bus.

Nisa A [Saya Suka Menaip] said...

@dR dReamLoVeR

haaaaaaaaaaaa
seriously???