Tuesday, January 25, 2011

Cantik itu subjektif.

  • Assalamualaikum and good day everybodyyyyy~ Hahahaa oke aku macam meroyan sikit pagi ni.
  • Ceria semacam je kan kan kan?? Eyhhh kena lah ceria.. supaya sepanjang hari pon akan turut ceria. Cewahhhh…
  • Bila dibaca baca balik terasa macam ayat aku ala ala pakar motivasi lak suruh orang senyum pagi. Hohooo…
  • Oke marilah kita kembali ke pangkal jalan :D Cantik itu subjektif. Huuuu mengapakah daku memilih tajuk ni???
  • Teringin aku memperkatakan mengenai tahap keyakinan kita pada diri sendiri. Definisi cantik pada aku???

 

wtr1GAMBAR HIASAN : Huuiiii chanteks nyeee Dato Siti…. Auwww~

  • Kalau muka macam Siti Nurhaliza aje ke cantik? Ooppss!! JANGAN SALAH FAHAM, SILA BACA SEHINGGA HABIS ENTRY.
  • Pernah tak korang dengar (atau korang sendiri pernah cakap) ayat macam ni : “Alaaa malu lah ambil gambar. Aku bukan cantik pon. Lainlah kalau muka aku macam Siti Nurhaliza ke… macam Megan Fox ke…”
  • Haaaaa kenapa mesti begitu??? Kenapa definisi cantik itu tertumpu pada Dato Siti sahaja? Kenapa kalau cantik dan seksi mesti nak macam Megan Fox aje?
  • YA, Dato Siti memang cantik! Megan Fox sangat mengancam! Tapi kalau muka kita tak macam Dato Siti, atau kita tak seksi macam Megan Fox tak bermakna kita tak cantik kan???
  • Kalau nak sangat jadi macam Dato Siti pergi beli Simplysiti. Kui kui kui~ Kini rahsiaku milikmu.. auwww~

 

wtr2GAMBAR HIASAN : Ya! Pada saya Adibah Noor seorang yang cantik!

  • Anda plus size? Malu? Tak yakin? MAAF ye… bukan untuk menyindir sesiapa.
  • Mungkin ada yang akan kata bahawa aku menulis tanpa memikirkan perasaan mereka mereka di luar sana kerana aku tidak rasa apa yang mereka lalui.
  • Sayang sayang sekalian, aku menulis ni dengan niat yang baik, diharapkan kata kata aku sedikit sebanyak merubah persepsi negatif orang di luar sana.
  • Pada aku, cantik bukan pada kurus sahaja. Apa pun saiz anda, anda boleh dikategorikan cantik jika anda pandai membawa diri, dengan atitud positif!
  • Jangan lah asyik bermuram dan menyalahkan diri sendiri… Yakinlah pada diri, dan anda akan kelihatan cantik dari dalam :)

 

IMG_4956GAMBAR HIASAN : Jaclyn Victor itu hitam manis & dia menawan!

  • Nak tahu tak??? Kulit aku sebenarnya boleh dikategorikan sebagai hitam manis :)
  • Saya tak kisah orang nak kata saya hitam atau gelap ke… sebab saya tahu itu memang diri saya, dan saya bersyukur!
  • Bagi aku, cantik itu bukan pada kulit putih semata mata…. Kalau kulit aje cerah, tapi kalau hati tak suci murni macam mana?? Tak cantik jugak kan? Kan? Kan?
  • Hitam manis itu istimewa, kerana kita tahu kita berbeza dan kita tahu menawan!

 

wtr3Plish plish jangan tertipu dengan gambar!

  • Aku tidak rasa aku lahir lahir aje dah muka macam supermodel. Tidak! Jauh sekali…!!
  • Kita boleh cantik dengan mekap, dengan macam macam produk.. Tapi…

Bagi aku, konfiden itu cantik. Bersikap positif itu cantik. Sopan itu cantik. Hati yang bersih itu cantik.

Dan yang paling penting, menjadi diri sendiri itu cantik!

  • Kepada yang memuji, aku panjatkan kesyukuran setinggi-tinggi, dan semua ni pinjaman dari Allah semata mata…
  • So girls… just be yourself. Put some confidence in you, and believe you can don whatever you want :D

 

 

Berkongsi sekadar yang perlu. Bye bye.

21 comments :

mira shahidan said...

follow you, cantik:)

ishiko said...

confident itu chantek!!! ai laaaiikkE~

Syira said...

yep, cinta tu subjektif . malah kalau yang cinta berdasarkan paras rupa semata-mata tuh, ntah la nk cakap cmner . memilih , haha nnti tahu la dia cmne langit dan bumi. well, cinta tu suci bila ia berdasarkan hati . dari mata turun ke hati . panjang nye komen, hakhak.

niesz said...

cantik tu biar la dr dalaman, then akan terserlah d luaran nye nnti..

Fatihah said...

like!!!
x)

fyra said...

betol !
kite mesty confident dgn diri kite sndr!
jangan kisah pon org nak cakap ape!
*sory teremo
;p

Nisa A. said...

@mira shahidan

thanks dear :D

Nisa A. said...

@ishiko

hehehe
i loooiikkkeee too :D

Nisa A. said...

@Syira

heeee
cinta???
walaupun lari dari topik but its oke dear :D
thanks for your opinion :)

Nisa A. said...

@niesz

heheh
setujuuuuu :D

Nisa A. said...

@Fatihah

heheh like too!!
:D

Nisa A. said...

@fyra

heheh
takpe2 dear,,
janji konfidennnn :D

LoLyat Gang said...

khas utk nisa :

hey cantik luar cantik dalam cantik dengar sini...
kalau cantik senyum,cantik mesti cantik lagi....

~emi~ said...

ye btol!!cantik itu cantik..heeee..cantik itu subjektif.lol.
akak ni cantik la...lawa.

Nisa A. said...

@LoLyat Gang

heheh
senyum.. tak perlu kata apa apa
:D

Nisa A. said...

@~emi~

alhamdulillah
:D
thanksss

Syafiqah Hashim said...

suka =D
sekarang semakin yakin pulak..
thank yOu!

Nisa A. said...

@Syafiqah Hashim

most welcome dear..
glad to hear that :)

siti said...

k.nisa , mcm mane pulak kan , kalo org yang ta suke org laen paggl dye cantek eh ?

Nisa A. said...

@siti

mungkin dia x rasa yakin dgn pujian org?
atau mungkin dia rasa was2 akan keikhlasan org yg memuji?
hehee~

Anonymous said...

Tapi kalau muka penuh parut, jerawat, segala masalah muka etc tu, konfiden tu kurang.. macam mana nak cakap diri sendiri cantik? padahal diri sendiri pun rasa macam tu. maaf, saya cuma nak dapatkan pendapat aje sebab saye mengalami masalah tersebut (: harap kak nisa bagi pendapat.