Saturday, December 11, 2010

Sakit Hati

Sesungguhnya sungguh aku sakit hati dengan Windows Live Writer kerana tidak berfungsi pada hari ini!
Semalam sehari suntuk, cukup 24 jam aku tidak online. Cukup tiga entry aku taip dengan penuh perasaan. Dengan harapan bila jumpa wifi nanti aku boleh terus publish aje gitu.

Tapi malangnya, Windows Live Writer atau nama manja beliau WLW , tidak berfungsi seperti yang aku harapkan.
Pabila butang "Publish" aku tekan, proses untuk publish kan entry entry aku pun bermula.
Tak lama kemudian, terpapar pula ayat keramat yang menambah sakit hati.

"Unable to connect to the remote server"

Ouhhh tidak berjaya publish!!!! Sakit hati bertambah lagi, panas di jiwa membara pulak dah.
Oke membazir pulak kudrat aku menaip kan. Hahhhh~
Nak update guna blogger sebenar tidak lah memuaskan sangat, sebab itu aku memilih WLW, tapi beliau berpaling tadah pulak. 
Sekali kali dia merajuk mungkin? Ahhh pedulikan.



Oh Windows Live Writer, kau kenapa???!!!



p/s : sesiapa punya jalan penyelesaian amat dialu alukan untuk komen. (sedih sangat nih)

4 comments :

princeduyong said...

hehehe...jangan cepat mengalah...cuba lagi nanti...godek2 sket...

Nisa A. said...

@princeduyong

tu lah
tgk lah esok macam mana.

Sya Syazana said...

haha..sabor2..

Nisa A. said...

@Sya Syazana

wuuu
kesabaran itu agak terbatas bagi blogger tegar yg asyik gatal tgn nak uupdate blog nih.
hehehehe
:)