Thursday, December 23, 2010

Dari Sisi Lain

Bila sebiji flush toy bersuara.

fluffy

Hai. Nama saya… err.. tak perlu disebut. Ada beberapa entry dalam blog ini yang sudah menyebut nama saya. Saya sebiji flush toy.

Hari ni ikut tuan saya keluar. Pergi cari ketenangan katanya. Ya, funfair di stadium tempat di tuju. Dengan harapan, meluangkan masa dengan kawan kawan dapat meredakan keresahan dalam hatinya.

Malangnya tuan lupa snap gambar saya di funfair tadi. Tapi tak apa lah. Tuan saya selalu bawa saya keluar. Eh, setiap masa lah! Sebab saya sentiasa berada dalam beg nya.

Kadangkala tuan saya akan keluarkan saya dari beg, letak saya atas meja, dan tenung tenung saya sambil beliau menaip.

Sebelum tidur, tuan saya cium saya. Yes, tuan saya have been taking care of me really well!

 

Sekian dari sebiji flush toy. Bye bye.