Saturday, November 20, 2010

Beautiful Blogger Award

  • celik mata aje ngadap belog.. haishhhh dah parah kot aku ni 
  • heheee saje bukak kejapppp ak check komen dari pembaca tersayang
  • dan bila aku check Shout Box, jeng jeng jeng... Cik Fara  dan Falia Shazana telah dengan baik hatinya bagi aku award nih


  • whoaaaa beautiful blogger kah aku???? ngeh ngeh ngeh~
  • by the way... thanks fara for the award.. so kind of you :)
  • lepas kena tag, kena nyatakan 7 perkara pasal diri kita.... 7 aje okehhh tak leh lebih lebih!

1) Aku suka bau pensel warna
haha jangan pelik jangan hairan... aku suka bau pensil warna yang baru beli tu, lepas aku bau sekali, dah laa.. tak bau dah. hahaha

2) Aku banyak baju / tshirt / dress warna hitam putih atau kelabu
Kalau membeli aku suka pilih jalan selamat. Aku pilih baju warna hitam putih sebab boleh masuk dengan semua. Plus, they're basic color. Seluar pun sama.

3) Aku suka sangat mihun soto.
Dan restoran tempat aku selalu makan mihum soto ialah Restoran Lontong Klang. Ramai orang ingat restoran ni kat Klang, tapi sebenarnya terletak di belakang UNISEL Seksyen 7 ni aje. he he he~

4) Aku tak suka makan ubat.
Contohnya, sekarang aku tengah demam selesema... dah dua tiga hari aku demam but still aku tak makan ubat pun. Aku suka sembuh secara sendiri. Aku tak suka telan ubat pil. Kalau ubat dalam kapsul boleh diterima lagi, sebab dia tak pahit macam pil.

5) Aku tak boleh bau perfume yang kuat sangat.
Nanti aku terasa macam nak sesak nafas and starting gasping for air. Bau perfume yang kuat aku rasa macam mencucuk cucuk hidung aku. Aku lebih suka bauan yang lembut dan natural.

6) Kalau tidur, mesti nak peluk something.
Bukan peluk orang ye, kalau dah kahwin tu lain cerita! Hahahaa. Aku mesti peluk bantal aku atau teddy bear aku.. pendek kata kalau aku tak peluk bantal masa tidur aku akan rasa sejuk dan insecure. Hahaha.. macam mana pulak tu kan???

7) Aku ada banyak buku nota.
Maksud aku, buku nota yang kecik kecik tuh, yang budak sekolah bawak masa perhimpunan untuk catat pengumuman dari cikgu tu hahaha... Banyak betul note book, tapi aku tak tahu bila nak guna. Sampaikan ada yang aku bagi aje pada adik adik. Dan aku tak tahu mana datang nya. haha





bicara : aku tetap manusia. bukan alien.

No comments :