Friday, October 15, 2010

Datang Kembali

  • dah lama rasanya… dah lama aku tak dengar lagu ni…
  • lagu ni ade je dalam playlist yang aku duk dengar hari hari… tapi asal turn lagu ni aje aku terus klik “next”
  • kenapa ya? aku tak suka lagu ni kah??? ehhh aku suka je… besh ape…
  • kenapa?? aku tak suka artis nye kah??? ehh aku lagi suka sebab suara beliau sangat sedap dan aku suka lah!!
  • tapi dah lama dahhh aku tak dengar lagi ni di mana mana
  • satu hari si nonokks tuh ingatkan lagu nih kat aku.. sedang beliau enak bercerita, beliau pun cerita lah mengenai someone yang nyanyi lagu ni
  • serta merta hati aku sentap… DIA…! dan serta merta juga semua kenangan bersama dia bermain secara fast forward, jelas di minda aku
  • aku diam.. diam kejap la… aku tak suka dengan apa yang aku tengah rasa…
  • dan persoalan yang bermain main dalam hati dan fikiran aku hanya : “Kenapa baru sekarang aku sedar???”

 

 

  • ye manusia berubah… dan masa membuat kita semakin matang.. berubah dari segi penampilan dan tingkah laku
  • tapi bukan rupa parasa semata mata yang buat aku pandang beliau.. apa yang lebih menarik hati ialah keperibadian sebenar beliau
  • makin lama makin aku kenal siapa beliau, perangai beliau.. yang terlindung dari pandangan mata aku dulu…
  • baru sekarang aku tahu… dia punya apa yang aku cari..  dia boleh jadi orang yang aku nak.. in fact, without doing it, he already the person that i want!!
  • KENAPA baru sekarang aku realize semua ni? menyesal dah tak guna… nak kata apa apa pun dah tak di peduli
  • kecewa kah dia dengan aku dulu? sejauh manakah dia serius terhadap aku dulu..???

 

Photo 1614

*tempat kejadian*  (abaikan muka semester satu aku itu)

 

  • kalau lahhhh aku anggap segalanya lebih dari satu gurauan… KALAU LAH. tapi semua telah terjadi.. aku pilih yang lain dan pergi tinggalkan dia tanpa anggap ada apa-apa yang telah berlaku antara kami
  • aku anggap semua nya tidak lebih dari gurauan.. tidak lebih.. walau jauh dalam hati aku masa tu tiba tiba berkata “jangan!!”… tapi kenapa aku tak ikut kata hati aku?
  • KENAPA BARU SEKARANG AKU NAMPAK SEMUANYA YANG ADA PADA DIA?
  • KENAPA baru sekarang aku merasa kepedihannya? kenapa baru sekarang aku tertanya-tanya? kenapa baru sekarang dibukakan segalanya depan mata aku?
  • aku tak nak kata aku menyesal.. nanti tak pasal pasal aku sedih
  • dah setahun lebih berlalu.. dan aku nak cakap kat dia “Awak,.… Kay minta maaf.”
  • itu aje. harap dia sudi jadi kawan aku macam dulu lagi.

p/s : tulis pakai hati.

 

 

 

currently listening to : Sepi Sekuntum Mawar Merah by VE

perasaan : berulang kali ku mencuba memujuk hati lupakan semua kenangan…

2 comments :

Myra Amira said...

mnusia mmg akan semakin matang dari mase ke semase.. Kalo ade jodoh, ade lah.. 21 hari.. lme kowt.. mcm2 leh jd.. relaks okay... :)

Nisa A. said...

myra :

bukan main ko nak 21 hari dengan aku ye.
haha
insyaAllah Mira...
kalau jodoh x ke mana.