Sunday, September 12, 2010

Terbuka

  • setiap kali Syawal, macam biasa Aki (atok belah mak aku) aku akan buat rumah terbuka dan sedikit majlis tahlil di rumah beliau..
  • dan macam biasa jugak, rutin setiap raya kedua dimulakan dengan bangun awal pagi dan siap sedia ke kubur
  • orang kampung kat sini memang akan buat majlis tahlil di kubur pada raya kedua
  • kat situ lah baru kita dapat tengok orang kampung yang ramai menziarah dan berdoa di kubur saudara masing masing
  • ohhh ye ajaibnya… dalam banyak banyak kawasan kat kampung, di tanah perkuburan di hujung kampung tu jugaklah coverage handphone penuh dan tip top.. masuk je kawasan kubur mesej yang pending semua delivered, dan banyak mesej masuk hahaa~
  • lepas tahlil kat kubur, semua akan dijemput ke rumah
  • mula dari situ lah aku dan adik adik busy tolong mak, maksu dan paksu untuk angkat hidangan, tuang air, pastikan gelas mangkuk semua cukup
  • haaa… aku tiap tiap tahun memang sain konrtrak jadi tukang cuci pinggan :P

 

 

keluarga belah ayah pun turut datang menziarah :)

IMG_1880

sepupu lelaki dan ayah saudara

IMG_1885

aku, sepupu perempuan, dan mak saudara

IMG_1895

ini salam olok olok.. nak duit raya semata mata… heheheee~

IMG_1906

ohhh kami tak rancang nak pakai baju warna hijau pun.. tengok tu, Dayah sorang pakai ungu!

 

 

  • oke aku sangatttt penat… dari pagi sampai petang aku berdiri dekat singki aje basuh mangkuk dan cawan
  • lepas tu ade jugak lah tolong sikit sikit mengemas pada malam nye
  • maklumlah, kalau aku adik beradik tak tolong, siapa lagi???
  • dalam keluarga belah mak, kitorang tak ade sepupu lain, memandangkan maksu dan paksu aku belum ada anak…
  • so, as for now, we’re the only grandchildren for Aki and Wan
  • oke sekian kisah memenatkan diri… entah tahun depan masih ada kisah yang sama???

 

 

 

perasaan : mula berfikir

2 comments :

Sharinginfoz said...

selamat hari raya, seronok kan

Kyuubi_85 said...

kita berdoalah semoga tahun depan keadaan masih seperti pada hari ini...

kyuubi