Monday, August 23, 2010

Jepun

Ohh saya bukan orang Jepun. kalau saya kata "I wish I was born in Japan" mesti orang kata aku tak bersyukur jek. Oh statement itu memang statement tidak bersyukur. Nanti Karam Singh Walia keluar peribahasa hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri.

Aku bukan Japanese wannabe.
Ape? Ade nampak aku pakai macam cosplay lepas tu tawaf satu kampus Unisel Shah Alam? Oke, tawaf satu kampus macam tak cukup sebab kampus aku tak luas mana..pusing pusing mana pun kat situ jugak lahhhh..... Oke jom kita try tawaf bandar Shah Alam.. haa itu sudah cukup luas agaknye. Mula mula pergi Plaza Alam Sentral, lepas tu merayau ke SACC Mall dan Kompleks PKNS. Lepas tu pergi Seksyen 2, 3, 4, 5, 6...dan sewaktu dengannya. Haaa ape macam?? Itu baru hyper-wannabe..!! Oh sekali lagi aku cakap aku bukan Japanese wannabe.

Aku minat cerita Jepun dan lagu Jepun pun jangan lah cop aku macam macam. Aku pun macam orang lain, minat artis international. Ohh mak salahkah diriku meminati lagu lagu anime Jepun? Aku ni universal agaknya, selagi lagu tu best dan boleh layan, bahasa apa pun aku minat semua. So I am soooo not Japan wannabe.. Ada nampak aku tak keluar keluar bilik semata mata nak habiskan komik komik anime Jepun semua? Apa istilah tu... otaku???  So kalau aku dengar lagu Anime aku perangai macam tu lah?

Tengoklah..!! Aku rasa teruk baca blog sendiri sebab dah mula nak buat entry dalam bentuk karangan SPM. Ohh tidak tidak aku tak suka, aku prefer point-form. Tapi bila dah serabut serabai semua ada lah, camni laa jadinya. Hadoi I better stop now, before I make more nonsense blog entry. Tulis banyak banyak kang ade yang kata ku tiru sape sape. Malas.


  • kembali ke point form
  • i love you
  • haha tiba tiba pulak kan





perasaan : serabut lah.

1 comment :

nuri said...

hah..akak pon suka lagu jepun...i read japanese manga..i am a little bit otaku..so what's wrong with that?tak susahkan orang lain pun..itu penting...