Thursday, June 17, 2010

Rombongan Meminang

situasi :

  • rumah aku, tiba tiba di datangi dua buah kereta
  • seorang wanita agak berumur mendahului kumpulan. di tangannya memegang sesuatu berbungkus dengan sapu tangan hijau muda
  • aku memandang dari atas, melalui tingkap di master bedroom
  • orang orang yang datang tu masuk ke rumah
  • aku dah cuak, berdebar, aku pergi kat tangga dan memasang telinga, mencuri dengar perbualan

perbualan :

  • MAK : maaf kak, anak saya tu muda lagi… belajar pon tak habis lagi!
  • WANITA 1 : sebab dia muda lagi lah saya datang meminang awal awal kak. kalau dibiar lama lama takut hati dia berubah pulak
  • MAK : tapi… (memandang tepak sirih yang diletak di depan mak)
  • WANITA 2 : akak jangan salah faham. niat kami ikhlas. dah si ***** tu berkenan kat dia, jadi tak payah tangguh dah
  • MAK : maaf lah, tapi anak saya tak pernah sebut apa apa pun pasal *****
  • WANITA 1 : ye, kami pun baru tahu. tapi kami rasa dia sesuai untuk ***** sebab lepas dorang berkawan, ***** nampak macam dah berubah sikit
  • MAK : *terdiam*

DSC05778 tepak sirih emas

suasana jadi agak kekok dan sunyi

  • MAK : kakak, panggil kakde turun bawah (adik aku dayah berlari naik ke atas, menarik tangan aku turun ke bawah)
  • AKU : ye mak…. (duduk sebelah mak)
  • MAK : hmmm… awak tak pernah cerita apa apa pun pasal ***** kat mak ye, ni ha dia datang nak meminang awak!
  • AKU : *terdiam* (aku pandang WANITA 1) maaf makcik, tapi saya dengan ***** berkawan jek. dia tak kata apa apa pun….
  • WANITA 1 : nisa.. makcik kenal anak makcik, kalau dia tak sungguh suka kan kamu, dia takkan beria suruh makcik meminang kamu
  • AKU : *diam lagi* (aku pandang mak)
  • MAK : hmmmmmm…. mak selalu harapkan jodoh terbaik untuk awak. tapi kalau ni dah masanya, mak ikut awak je lah. yang dipinang awak, yang nak kahwin nanti awak.
  • AKU : *bangun, berdiri* saya….

*

*

*

*

*

*

*

  • buka mata.. kedengaran bunyi spray air (?????)
  • check kat henset, pukul 12.05pm. ohhh GREAT!!!
  • kepala pening, teringat malam tadi tengok movie kat laptop sampai tak tido tido

200910620159 hanayoridangofinal

Hana Yori Dango Finale (Boys Over Flowers Japan Version)

p/s : aku sangat sukaaaa Hanazawa Rui (Oguri Shun). ending dia buat aku nangisssssss =_=”

2006_just_my_luck_wallpaper_002 just-my-luck-800-75

Just My Luck, lakonan Lindsay Lohan dan Chris Pine.

p/s : Chris Pine cute okeh!! mmuuaahhxx! haha

 

  • kemudian, aku sengih sengih sorang sorang
  • dalam hati aku berkata : “mak aihhhh…!!!! GILA PUNYA MIMPI…!!!!!!”
  • pesanan penaja : nama lelaki yang disebut dalam mimpi ni tak boleh dinyatakan. bahaya!!!

perasaan : ha ha mimpi mainan tido..!!

12 comments :

pandaZemoo said...

err...mimpi tunang jugak..?

=_=

Nisa A. said...

panda :

haha tu lah pasalll.. =P

pandaZemoo said...

tapi sonok..

mimpi tunang ngn orang yg kita suka..

malang sekali hanya mimpi..huhu

sarah shafie said...

knape hnya mimpi??nk tau jgk last2 cmne..hehe

Nisa A. said...

panda :

hehee xpe... kalau jodoh tak ke mana kan kan~
ngeee~

cik panadol said...

tu tanda2 bakal jadi kenyataan la tu hehehe..

Nisa A. said...

cik panadol :

heehhee lambat lagiiiii~ hehe

Nisa A. said...

sarah :

tu lah xtau kenapa. hehe..
akhir dia? sy ponnn tak tau. baru nak bg jawapan dah terjaga dr tido. huhu

bungacahaya said...

Suspen de......

nn said...

hahah. mimpi rupanya. buat saspen saje. :P

Nisa A. said...

bungacahaya :

saya bangun tido rasa lagi berdebar kot. haha

Nisa A. said...

nn :

haha nasib baik mimpi!! haha x mo kawin awal wuuu~