Sunday, May 2, 2010

Kita Di Masa Hadapan. (Versi Hari Tua)

insyaAllah kalau panjang umur, kalau bumi masih wujud, kita pun akan wujud lagi, masih berpijak di bumi bertuah ni… yang mana dah bagi kita segala macam jenis rezeki dan nikmat.

  • kalau aku bertuah, aku akan jadi warga emas yang aktif
  • kalau aku bernasib baik, aku akan hidup bahagia dengan keluarga
  • mungkin dah ramai cucu cicit??
  • kalau aku cukup diredhai-Nya, aku akan hidup dengan bahagia sekali

tapi… kalau aku tak bernasib baik, kalau aku tak bertuah, aku akan……..

DSC05249 

  • mungkin aku pun akan menjadi pelanggan tetap produk di atas
  • mungkin aku akan mengalami kesusahan nak tukar tukar produk di atas dengan sendiri.
  • mungkin aku duduk kat rumah orang tua
  • mungkin…. banyak betul kemungkinan

life IS unpredictable. pada masa depan apa pun boleh berlaku.

sebak hati aku Tuhan je yang tahu bila aku nampak seorang pakcik tua berkopiah putih tengah teresak-esak kat stesen LRT, keseorangan. mana pergi anak isteri??? tersentak tangkai hati aku bila lihat sepasang suami isteri tua yang sedang menunggu bas di Pekeliling. erat tangan si isteri memimpin si suami yang tiada keupayaan melihat.

perasaan : perjalanan pulang betul betul menginsafkan.

No comments :