Tuesday, April 13, 2010

Gua Gadis Indie, Gua Layan Band – The Unstable



  • hmmm.. minggu lepas kot, ke dua minggu lepas??
  • ahhh ape ape je la..
  • aku nak cite yang aku telah ikut member aku, arn pegi tengok audition Battle of The Band yang mana dianjurkan oleh senior aku sendiri (sem 6A)
  • dan audition nye itu berlangsung di studio sepupu beliau di seksyen 9
  • aku pon dengan berpakaian sempoi ala-ala Yuna pergi la ikut..
IMG_5620 abaikan…!!!

  • then kat sana aku tengok la band band buat performance
  • dan aku suke lak kat satu band nih sebab lagu nye menarik minat aku (minat korang tak tahu lak kan)

DSC05141 Band The Unstable
  • woot woot.. gambar di atas adalah cover CD demo band ini
  • yang aku beli mase event Anitament ari tuh
  • ohh ye lupa bagitahu band Unstable ni menang Battle of The Band ari tuh, so dorang perform kat kampus aku masa event Anitament itu
THE REVIEW :
band The Unstable dianggotai oleh :
  • Daus – frontman
  • Apis – guitar
  • Harry Rudy – drum
  • Apul - bass
oke demo ni ade 5 lagu :
  • Normal 4:53
  • Tidak Stabil 5:05
  • Lonely Puppies Acoustic 4:38
  • Mama Acoustic 5:20
  • I’m Fine 4:26
dan masa audition BOTB hari tu band ni perform lagu Tidak Stabil, Melayang dann lagu I’m Fine. aku dengar je, dalam otak aku dah terdetik, “Boleh tahan lagu-lagu band nih!”
Dan bila aku dah beli demo band nih, aku rasa lagu dia boleh tahan. aku suka dengar dan boleh layannnn orang kata. he he hee.. aku nak wat preview ni pun bukan reti sangat. dan aku bukan profesional sangat pasal muzik, aku cuma peminat muzik.
so, kenapa aku nak sarankan korang beli demo Unstable ni? sebab lagu-lagunye boleh layannnn terutamanya yang acoustic. besh oke. lagu nak angguk angguk geleng geleng kepala pulak? korang layan lagu Tidak Stabil dengan lagu I’m Fine. wahahahaaa~
aku ni indie sangat ke sampai layan band band camnih??? wahahaha… buat pengetahuan sedara mara sekalian, aku bukan lah bebudak indie yang selalu pegi gig angguk angguk hentak kepala layan muzik itu. aku cuma AKU. aku ni semua lagu aku layan. kalau lagu tu masuk dengan jiwa jiwa aku nih, so aku terima lah lagu tu apa genre sekali pun.

IMG_6582 IMG_6600 *band The Unstable datang perform secara akustik kat kampus aku…*

nak tahu lebih lanjut pasal band ni??? korang klik klik jep pada link kat bawah :
http://www.myspace.com/theunstablesurface
http://www.youtube.com/theunstableband
so korang bagilah sokongan padu kat produk muzik MALAYSIA oke.. thanks guysZ!


perasaan : layannnn lagu~ ha ha haaa~

1 comment :

as sahar said...

terima kasih sebab share info ni..satu jer nak tanya..dorang dari mana? area kl ker?..