Wednesday, April 7, 2010

Aku Tergoda . . . . .

 

nisa 5

 *abaikan gambar ini*

waarrgghhh…

pantang betul aku nampak mesti aku tergoda.. bukan sengaja nak pandang, tapi dah ada depan mata, so aku pandang lah. kaki aku mula rasa taknak bergerak dari situ.
aku takleh tahan mata aku dari pandang.. bila  dah pandang mula nak tenung lama lama.. bila dah tenung mula lah aku pandang atas bawah… aku pulak makin tergoda. aduhhh nafsu nih!! kena lawan! haihhhh~ aku tak tahan betul lah! camne nih…???

 

WARNING : Haaahhhh..!! korang fikir ape tu?? aku taknak cakap sebab aku tak fikir macam korang fikir.

 

al-kisahnye… hari ni dalam masa sejam aku terpaksa berkejar ke Kompleks PKNS sebab nak cuci gambar untuk assignment. sorang sorang lah aku gigih berusaha naik kenderaan tambang murah Seranas kontot itu untuk sampai ke sana. pedulik la aku sorang sorang pun, janji assignment aku siap. *aku rasa nak cakap celaka boleh??? oopppsss.. ini sudah masuk kisah lain*

dan… tergodanya aku adalah kerana… SALE…!!! oohhh.. ini tidak dapat aku elak sama sekali. nafsu setan mula terasa membara dalam jiwa raga melihatkan banyak sekali barang barang lawa yang dijual di Kompleks PKNS itu. banyak booth baju beg, kasut, tudung, shawl, pashmina, aksesori, buku, dress yang di buka.. jualan sempena apa pun aku tak tahu.

yang aku tahu, aku memang tergoda dengan shawl & pashmina dengan warna warni menawan kalbu serta latest design nyer. lebih lebih lagi buat masa  ni pashmina memang menjadi feveret aku.. herherherr.. aku dengan muka tak malu telah mencuba cuba memakai pashmina untuk ke kelas. kui kui kui~ *aaahhh pedulik la aku orang nak kata apa, aku punya suka lah!*

 

IMG_4232 ni lah muka aku first time pakai pashmina. masa ni farewell party untuk Puan Gina.  *jangan gelak!!*

masa setengah jam sementara tunggu gambar aku siap di proses tu aku gunakan untuk meroyan (jalan jalan cuci mata / shopping).. tapi aku tak beli tau! aku jalan jalan jek oke! aku sedang belajar untuk tidak berbelanja secara melulu~ nanti belanja kena sekat =(

then kaki kudus nih aku gunakan untuk menjelajah seluruh pelusuk PKNS dengan gagahnya, melilau-lilau melihat shawl dan pashmina yang sangat cantekkkk dan kiutttt.. secara tak langsung buat aku gerammmmmm sebab tak dapat beli. nasib baik lah aku bukan anak raja yang kaya raya harta cukup 7 keturunan, sebab kalau ya, aku akan cekup je ape yang aku suka. ha ha haa~ tamak haloba betul makhluk Tuhan sorang nih!

oke lah.. walaupun Saya Suka Menaip, tapi saya penat lah taip panjang.. mengarut je heeee~ sorry guys… dan pada yang dah baca sampai sini, tenkiu so much sayangsss…!!! jasamu di kenang bebeh  ♥ ♥

 

perasaan : suka hati… dapat tenangkan diri dengan jalan jalan sorang sorang~ *eerrkkk pelik nye*

No comments :