Saturday, March 20, 2010

Surat Chenta Aku Lagi Hebat Lah Rara ♥ ♥ ♥

 

  • oke.. lecturer bikin kami x senang duduk hari ni
  • sebab disuruhnya kami tulis surat chenta pada gf / bf untuk pinjam RM5000 untuk percutian ke Bandung
  • so, ape aku tulis untuk pujuk “so-called” bf aku bagi RM5K kat aku??

IMG_4342 oke, ini raw material surat chenta aku, sorry, dah keronyok!

  • oke, semua orang dalam kelas kena tulis surat chenta nih
  • dan semua kena baca kat depan kelas
  • so semua hari ni dalam segan-segan kunun telah menunjuk sisi jiwang masing-masing
  • kat bawah ni aku nak taip semula surat chenta-lah sangat karya agung aku
  • ape yang aku tulis ni lain dai raw material di atas
  • sebab yang aku hantar pada lecturer sudah diedit sebaik mungkin
  • so, hayatilah

Untuk Jebon Sayang,

Sayang, I tahu you sayangkan I. I pun sayang sangat pada you. Sepanjang kita menyemai kasih, I tak pernah meminta apa-apa daripada you, sebab you dah terlalu baik dan setia pada I. Tapi sayang, I sedang terdesak. I merancang untuk bercuti ke Bandung, tetapi institusi kewangan I sedang rapuh. Jadi, I perlukan RM5000 daripada you, sayang.

Sayang, I tahu you rajin bekerja dan dapat bonus bulan lepas, jadi you mesti ada RM5000 untuk dipinjamkan kepada I. Sayang, tiada salahnya jikalau you tunjukkan kasih sayang you yang seluas Danau Toba itu dalam bentuk wang ringgit. Kasih sayang memang tiada ukuran, namun I pasti you boleh tunjukkan chenta mati you pada I dengan meminjamkan I RM5000 itu.

Sayang, I tahu you seorang yang sangat baik hati. Jadi, apalah gunanya kebaikan itu jika you tidak tunjukkan pada I. Sayang, andaikata you bagi I pinjam RM5000 itu, semestinya you akan menjadi calon menantu pilihan mak dan abah I. Sebab you percayakan I sebagaimana I percayakann you.

Sayang, kalau you cinta agung pada I, bahagiakanlah I dengan meminjamkan I RM5ooo itu. Percutian ke Bandung ini sangat penting buat I, dan jikalau you adalah orang yang merealisasikan impian I, pastinya jumpa tok kadilah kita sepulangnya I ke Malaysia

Sekian.

 

 

 

  • hahahahaaa.. inilah karya aku
  • aku tak reti lah nak tulis jiwang-jiwangs macam shah tu, kalau buat ngorat konfem dapat!
  • hahahaa.. tapi yang aku tahu warkah berlagu jiwangs aku nih lagi panjang berjela-jela dari surat chenta Rara tulis
  • oke, rara.. aku pon nak publish jugak! hahahaha

 

 

 

perasaan : kelakar, tak sangka semua orang sebenarnya sangat jiwang!

8 comments :

MéuzAngelo™ XXIII said...

ma'aihhh..

Kay Nisa said...

hahahahah~ besh x lecturer koi?? klu dengar shah baca surat chenta dia sume ketar lutut beb~ jiwang abess!!!

saya_arief said...

konpem dapat 5K..nanty aku nk ikot g bandung..bleh..?
xley smpai bandung, sirap pown jadik..

MéuzAngelo™ XXIII said...

banner dah siap.. tgk la.. koi buat dua.. pilih la satu

http://farm5.static.flickr.com/4021/4446373445_8bab03b646_o.jpg

http://farm5.static.flickr.com/4019/4446448747_1c365d0ffd_o.jpg

Nadya ©™ said...

Nak mintak sesuatu tu,ayat manissss je..HAHAHAHA

Emira said...

tok kadi aku suke

LUKISAN PENA said...

kalu cam gini punya ayat....5sen pun tak dapat..hehehe

Kay Nisa said...

meuz - thanks a lot bro!! ni yg rase nk menunjuk nihh~ hahaha~

to rara - ko suke ekk nikah kahwin nih~ ko tuh bila lagi nk g jumpa tok kadi?? yes2~