Tuesday, March 9, 2010

Kau Taknak Lepas Tu Suka-suka Nak Buang??? BANYAK CANTIK..!!!

 

  • herherherherherherrr..
  • hari ni aku nak tulis entry yang ala-ala menimbulkan kesedaran dalam diri setiap insan
  • fenomena yang makin berleluasa
  • yang seakan menjadi trend masa kini
  • cehhh..ayat macam wartawan le pulak
  • takpe takpe… kita teruskan cerita

  • baru-baru ni untuk subjek psychology kitorang dapat video assignment
  • wahhh dengar je “video” tuh dah excited rasa nak guling-guling kat highway jekk
  • tak sabar nak mulakan shooting..!!
  • so, ni lah group member aku

combine 4 members in pic : iejam, elfiandri, amirul, nisa (itu kay)

setelah bincang bagai nak rak, dan beberapa kali batal idea, kitorang sebulat suara bersetuju dengan tajuk yang iejam cadangkan iaitu :

PEMBUANGAN BAYI

 

  • yeaaa…. hal ni lah yang aku nak kaitkan dengan post entry aku kali ni
  • buang bayi… kita semua tahu kes sadis nih dah semakin menjadi-jadi
  • orang sekarang suka-suki saje kalau nak buang bayi
  • baby yang tak bersalah, tak berdosa dan tak tahu ape-ape tu jugak jadi mangsa kesalahan sendiri
  • kat surat khabar yang dibaca setiap hari tu semakin kerap pulak keluar berita bayi kena buang dengan kejam
  • manusia sekarang ni dah takde perasaan ke ape?????
  • time nak buat dosa, khalwat sume tuh, x penah fikir dosa pahala, tahu nak enjoyyyyy (enjoy-lah sangat kan..!)
  • dah puas berzina, pompuan tu pulak dah mengandung, yang laki suka-suki nak tinggalkan camtu jek, takde rasa tanggungjawab..!!! pengecut!!!
  • aku sakit hati sangat-sangat dengan manusia yang takde hati perut camnih

  • sepanjang aku buat assignment ni, aku dan iejam yang bertindak sebagao host, kitorang pegi interview ramai orang
  • dan TERNYATA.. perkara nih dianggap semakin teruk, kat mane-mane je orang memperkatakannya, orang berbincang mengenainya
  • then??? mana solution nye??? ape yang negara kita ada untuk membendung masalah nih??
  • huuuu..sorry, ter-emosional lah pulak.. ye lah, assignment ni bagi pengajaran pada aku dan ahli kumpulan aku
  • tengok gambar bayi kena buang pon sangat-sangat tersentuh, even kawan aku yang laki pon tak sanggup tengok???
  • ape perasaan korang bilatengok gambar nih???

bayi-1

bayi-3

  • tengok… siapa jadi mangsa kesalahan orang lain???
  • BAYI TAK BERDOSA NI…!!!
  • sepanjang tugas aku mengedit video assignment kami, aku lah yang terpaksa tengok gambar-gambar ni banyak kali
  • ada lagi gambar lain, tapi aku sendiri tak sanggup!
  • sedih nye tak payah cakap, tersentuh giler
  • ape boleh buat, manusia sekarang dah tak macam manusia..!!
  • so.. aku harap entry aku kali ni tak bawa apa-apa kontroversi buruk
  • sekadar nak kongsi pendapat aku dalam hal ni

 

p/s : kalau dah sangap sangat kahwin je la.. bila tak kahwin, dah pregnant, suka-suki pulak nak lari dari tanggungjawab. kejam!!! kesalahan ni dua-dua lelaki dan perempuan sama tanggung~

 

 

that’s all for now,

bubbye~


4 comments:

  1. sgt benci fenomena buang bayi nih!

    btw, pilihan tajuk yg menarik..semga berjaya =)

    ReplyDelete
  2. thanks~ hehee~. sedikit masa lagi, insyaAllah video assignment tersebut akan kami upload~

    thanks for ur visiting to my blog~

    ReplyDelete
  3. sy sm spt yucika...menci org buang baby..lbh baik bg saye...

    ReplyDelete
  4. takkan ada kesudahan kerana manusia dah hilang rasa tanggungjawab itu...

    ReplyDelete

Apa Reaksi Kamu??? Sila Taip Laju Laju Di Sini :)

Copyright © Nisa Kay