Friday, March 26, 2010

Jangan Lah Jadi Manusia Yang Tak Mahu Terima HAKIKAT!

  • huuu.. ayat nak kontroversi jek
  • tapi inilah realiti hidup kan..
  • dalam banyak-banyak perkara yang terjadi dalam hidup kita (yang menyedihkan), banyak di antara kita yang masih tak mahu menerima kenyataan atau hakikat
  • meh sini aku dengan baik hati nak bagi contoh :


Contoh Pertama : Tak dapat mencapai target.
Yela kan, usaha dah gila gila, study bukan main, 24 jam bertepek jek kat library sampai abang library dah muak tengok muka korang.. then bila x dapat capai target, lebih lebih lagi yang masih jauh dari target, mesti lah kecewanya hingga x boleh terima hakikat, jangan sampai bunuh diri lak yeh







Contoh Kedua : kematian orang yang disayangi.
ohhh ini memang  lumrah. bagi Islam, setiap yang hidup pasti akan kembali kepada yang Pencipta (oke oke dah macam ustazah pulak aku nih).. bila orang yang kita sayang sangat, yang rapat ngan kita, yang selalu ada untuk kita, dan orang tu dah takde dan sememangnye takkan kembali balik, mesti pedihhhh jek kita nak terima hakikat. jangan pulak kita buat tindakan bodoh dengan “mengikut” orang tu ke “sana” !!




Contoh Ketiga : tidak berjaya dalam percintaan.
ouhhh ini lah paling pedihhhh dowh. ha ha ha~ kenapa aku cakap macam tu? ye la, orang yang kita anggap chenta mati (lah sangat!) tiba-tiba meninggalkan kita, yang paling besh menjauhkan diri dan bermusuh dengan kita. kalau yang berkawan balik tu paling bagus, sebab bagi aku kasih sayang tu dha bertukar kepada perasaan sayang kepada kawan. (aku suke camni ngeh ngeh ngeh~)


  • huuu.. aku malas nak cakap lebeyh lebeyh
  • aku post benda ni secara general ye
  • tak mengata sesiapa, peringatan untuk diri sendiri jugak
  • ye lah aku bukan manusia sempurna, aku sedar diri
  • bagi yang lain di luar sana yang baca atau tidak, marilah kita bersama-sama menginsafi diri
  • dan berusaha menjadi orang yang lebih baik



perasaan : tazkirah jumaat la pulak =)

4 comments :

Muhammad Ijam said...

contoh 1st tuh... xkire laa kalo kite study 168jam/minggu pon tp kalo da xde rezeki,x ke mane pon result kite...

igt,kita hanya merancang... ALLAH yg tentukan...

helena's said...

bagus entry nih.terkena kant batang idung cikhel,,menusuk terus ke pankreas bab2 cinta tuh.hahaha

nak amik boleh??

Kay Nisa said...

hehehee~

ijam : aik??? setuju lak ko? bese kalau post2 aku jek mesti ko nak kondem~ kuang3~ btw, tenkiuuuu~

cikhel : hehehee~ amik la, tp link la blok kay~ kui3~

CiK niNiEy said...

yang num 3......huhu..