Friday, March 19, 2010

Dunia Blogger Dicabul…!!

 

  • pagi ni indah betol..
  • aku bangun awal dengan cuaca yang ala-ala cool gitu. ye la pagi lagi kan…
  • then aku mula kan la rutin aku iaitu facebooking dan blogging
  • sedang aku blogwalking dengan riangnya, terhenti mata aku kat satu post ni.
  • post yang bertajuk Perhatian! Ancaman Terhadap Blogger, aku baca di blog Ahmad Zaimi. aku pon terus klik dan baca.
  • yaa… pasal dunia blogger (atau disebut blogosphere) yang diganggu ketenteramannye.
  • kalau masih blur, sila baca blog Ahmad Zaimi atau pon boleh terus ke link MyMetro.
  • bila aku baca berita kat MyMetro tuh.. aku terfikir camni : “Mak aihhh..!!! gila ke apa banyak betul aduan pasal kandungan laman web!!”
  • tapi actually tak heran la
  • sekarang ni macam-macam boleh jadi kat dunia siber

masa awal tahun hari tu aku ada pergi Seminar Penggunaan Internet Secara Positif, anjuran SKMM jugakkk~

IMG_4580 edited

IMG_4586 edited

IMG_4609 edited Iejam Hosen, aku, Att, Pong

IMG_4652 edited Arip, aku, Akmal

SO….. dari seminar tu, dia explain :

  • macam mana kita boleh guna dunia siber dengan baik
  • akibat kalau salah guna
  • cara untuk secure akaun laman web sosial kita
  • melindungi diri dalam talian internet
  • garis panduan dalam talian (online)

aaa… macam-macam la.. sebut satu-satu kang mati kebosanan lak orang yang baca blog aku… so berbalik pada blog Ahmad Zaimi tadi, suka lak kan aku nak jawab persoalan dia.

 

 

SOALAN : Apa pendapat korang? Adakah korang bersetuju tindakan diambil terhadap blogger-blogger ni?

  • oke, pada pendapat aku, memang patut pon!!!!
  • pendapat aku ngan abang ni sama, iaitu blog tempat nak kongsi pendapat dan idea
  • mungkin ada yang guna blog ni untuk meluah perasaan, bagi pendapat terhadap isu semasa
  • tapi kena ingat, kita kena jaga bahasa serta adab sopan..
  • nak lepas geram boleh, tapi bahasa kena jaga dan jangan la sentuh sentimen-sentimen yang buat mana-mana pihak terasa justeru menyaman anda dengan kadar juta-juta (macam trend lak saman lima enam juta sekarang)
  • dan jangan lah kita jadi anonymous yang dok mengganggu orang lain (baca : para blogger) dengan komen-komen yang macam mengutuk tu semua
  • tindakan dan amaran memang perlu diambil supaya bagi pengajaran pada orang macam tu dan juga bagi peringatan kat orang lain
  • supaya lepas ni janganlah salah gunakan nikmat dunia siber ni, kita dah cukup bertuah bebas gunakan dunia siber ni~

 

 

perasaan : bagi pendapat je, still blur~

No comments :